Friday, October 29, 2010

Lima Tanda Hati Keras Membatu


21 Zulkaedah 1431 H
Oleh : Uda Firdaus Abd Rahim

Hati adalah sumber ilham dan pertimbangan, tempat lahirnya cinta dan benci, keimanan dan kekufuran, taubat dan sikap degil, ketenangan dan kebimbangan. Hati juga sumber kebahagiaan jika kita mampu membersihkannya namun sebaliknya ia merupakan sumber bencana jika kita gemar menodainya. Aktiviti yang dilakukan sering berpunca daripada lurus atau bengkoknya hati. Abu Hurairah lah.a. berkata,

"Hati adalah raja, sedangkan anggota badan adalah tentera. Jika raja itu baik, maka akan baik pula lah tenteranya.. Jika raja itu buruk, maka akan buruk pula tenteranya".

Hati yang keras mempunyai tanda-tanda yang boleh dikenali, di antara yang terpenting adalah seperti berikut:

1. Malas melakukan ketaatan dan amal kebajikan Terutama malas untuk melaksanakan ibadah, malah mungkin memandang ringan. Misalnya tidak serius dalam menunaikan solat, atau berasa berat dan enggan melaksanakan ibadah-ibadah sunnah. Allah telah menyifatkan kaum munafikin dalam firman-Nya yang bermaksud,

"Dan mereka tidak mengerjakan sembahyang, melainkan dengan malas dan tidak (pula) menafkahkan (harta) mereka, melainkan dengan rasa enggan." (Surah At-Taubah, ayat 54)

2. Tidak berasa gerun dengan ayat al-Quran Ketika disampaikan ayat-ayat yang berkenaan dengan janji dan ancaman Allah, hatinya tidak terpengaruh sama sekali, tidak mahu khusyuk atau tunduk, dan juga lalai daripada membaca al-Quran serta mendengarkannya. Bahkan enggan dan berpaling daripadanya. Sedangkan Allah S.W.T memberi ingatan yang ertinya,

"Maka beri peringatanlah dengan al-Quran orang yang takut dengan ancaman Ku." (Surah Al-Qaf, ayat 45)

3. Berlebihan mencintai dunia dan melupakan akhirat Himmah dan segala keinginannya tertumpu untuk urusan dunia semata-ma ta. Segala sesuatu ditimbang dari segi keperluan dunia. Cinta, benci dan hubungan sesama manusia hanya untuk urusan dunia sahaja. Penghujungnya jadilah dia seorang yang dengki, ego dan individulistik, bakhil serta tamak terhadap dunia.

4. Kurang mengagungkan Allah Sehingga hilang rasa cemburu dalam hati, kekuatan iman menjadi lemah, tidak marah ketika larangan Allah dilecehkan orang. Tidak mengamal yang makruf serta tidak peduli terhadap segala kemaksiatan dan dosa.

5. Tidak belajar dengan Ayat Kauniah Tidak terpengaruh dengan peristiwa-peristiwa yang dapat memberi pengajaran, seperti kematian, sakit, bencana dan seumpamanya. Dia memandang kematian atau orang yang sedang diusung ke kubur sebagai perkara biasa, padahal cukuplah kematian itu sebagai nasihat.

"Dan tidaklah mereka (orang-orang munafik) memperhatikan bahawa mereka diuji sekali atau dua kali setiap tahun, kemudian mereka tidak (juga) bertaubat dan tidak (pula) mengambil pelajaran?" (Surah At-Taubah, ayat 126).

Wednesday, October 27, 2010

Berkapel & Displin Dalam Bertunang

Soalan

Saya telah berkenalan dengan seorang pemuda yang alim dan warak orangnya. Dia banyak memberi nasihat dan panduan agama kepada saya. Sejak berkenalan dengannya, saya telah banyak berubah. Saya mengikuti nasihatnya agar menutup aurat dengan sempurna dan tidak meninggalkan solat lima waktu. Saya dapat rasakan ada perasaan indah yang timbul dalam hati sanubari saya terhadapnya. Saya selalu berangan-angan agar dapat bersamanya sebagai suami isteri suatu hari nanti. Ustaz, apakah yang saya lakukan ini dalam keredaan Allah? Tidakkah saya berubah kerana pemuda tersebut, bukan sepenuhnya kerana Allah SWT? Bagaimana untuk memastikan agar saya sentiasa berada di landasan yang betul?

Terima kasih atas kesudian ustaz menjawab persoalan ini

Jawapan

Tahniah, kerana bertemu dengan pemuda yang alim dan warak. Dalam hal yang melibatkan hubungan lelaki dan wanita, Islam cukup teliti dan sering dituduh sebagai ‘konservatif' dari kacamata barat. Hakikatnya, Allah maha bijaksana dan amat mengetahui baik dan buruk untuk manusia di dunia dan akhirat.

Justeru, jika dilihat dari apa yang telah meresapi hati saudari, bolehlah di katakan saudari sudah ‘jatuh hati' kepada si pemuda tadi serta memasang niat baik untuk mempersuamikannya. Sebagai manusia biasa, ia sememangnya satu niat dan perasan yang sukar di tolak. Bagaimanapun, saudari perlulah mengawal semua batasan perhubungan dengan pemuda tadi bagi mendapat keredhaan Allah. Tindakan berikut perlulah saudari lakukan :-


1) Meluahkan hasrat secara berselindung tetapi boleh di fahami kepada pemuda tadi untuk membina "rumahtangga" bersama. Ia berdasarkan tindakan Khadijah yang menggunakan orang tengah, dan juga seorang wanita lain yang tanpa segan silu menyatakan hasratnya kepada baginda SAW. Imam Al-Bukhari di dalam sohihnya meletakkan satu bab bertajuk " Wanita mendedahkan / menawarkan dirinya kepada lelaki Soleh" (Rujuk Kitab Nikah); juga terdapat satu riwayat bahawa Anas r.a berkata di sisi anak perempuannya :

Ertinya : "telah datang seorang wanita kepada Rasulullah SAW lalu menawarkan dirinya (untuk menjadi isteri baginda) ; berkatalah wanita itu : " Adakah dikau punyai hajat kepadaku? " ; maka anak perempuan Anas menyampuk : " Alangkah kurangnya malu si wanita itu dan amat malunya perbuatannya " ; maka Anas menjawab : " Dia lebih baik darimu, ia berkehendakkan Nabi SAW lalu menawarkan dirinya kepada baginda SAW" ( Sohih Al-Bukhari, 7/17 ).

Imam Ibn Hajar menegaskan tiada catatnya wanita menawarkan dirinya untuk menjadi isteri kepada seorang lelaki ( Fath al-Bari, 9/175 ).

Justeru, jangan terlalu terpengaruh kononnya orang wanita tidak boleh melamar si pemuda yang baik lagi warak. Teruskan hasrat dan jangan bertangguh dalam melakukan hal yang baik. Malah Khawlah bt Hakim adalah dari kalangan wanita yang menawarkan dirinya kepada Nabi SAW ( Sohih al-Bukhari, 7/15)

2) Saudari diizinkan untuk menjemput pemuda itu ke rumah saudari bagi memperkenalkannya kepada kedua Ibu bapa saudari. Syaratnya, mestilah dengan kewujudan ibu bapa atau ‘wali' lain di dalam majlis itu. Saudari dibenarkan untuk berada bersama di ruang tamu (dengan menutup aurat lengkap) dan tidak perlulah bersembunyi di dalam bilik. Ia berdasarkan hadith-hadith yang mengizinkan lelaki dan wanita yang berniat untuk kahwin, bagi mengenali dengan lebih dekat bakal pasangan masing-masing.

Antaranya dalilnya : "telah datang kepada Nabi SAW seorang lelaki lalu menceritakan bahawa ia ingin memperisterikan seorang wanita Ansar, maka Nabi bersabda : "Adakah kamu telah melihatnya? : "Belum jawabnya" ; Nabi menjawab :

Ertinya : "Pergilah kamu melihatnya kerana di mata wanita Ansar ada sesuatu (tanda)" ( Riwayat Muslim).

Juga pesan Nabi kepada Mughirah bin Syu'bah selepas mengetahui ia ingin meminang seorang wanita : "Pergilah melihatnya, sesungguhnya ia lebih menjamin berkekalannya - bagi menilai kesesuaian- (perkahwinan) kamu berdua" ( Riwayat Ahmad, At-Tirmidzi, Ibn Hibban ; Hasan menurut At-Tirmidzi no 1087, cet Maktabah al-Ma'arif ; Sohih menurut Albani ).

Perlu diingat bahawa melihat bukan hanya dengan mata, tetapi ia juga membawa maksud suatu meninjau sikap, budi bahasa, cara hidup dan apa-apa info yang dapat menambahkan ketepatan pemilihan pasangan (kecuali yang HARAM dibuat dan dilihat). (Fiqh as-sunnah, Sayyid Sabiq, 2/23 dengan tambahan, Nizom al-Usrah, Dr Muhd ‘Uqlah, 1/206)

3) Jangan bertangguh atau berhubung tanpa ikatan sah terlampau lama, ( Nizom al-Usrah, 1/216) kerana ia amat mudah membawa kepada yang haram. Perihal berangan-angan saudari tadi juga bukanlah sesuatu yang baik untuk diteruskan. Nabi SAW menyatakan :

Ertinya : " Tidak dilihat (penyelesaian) bagi dua orang yang cinta-mencintai kecuali NIKAH " ( Riwayat Ibn Majah, al-Hakim, sohih menurut al-Hakim, As-Suyuti , Al-Jami' As-Soghir, no 7361, 4/397 cet Jahabersa).

Syeikh Al-Munawi menegaskan ubat yang terbaik bagi pasangan yang sedang asyik bercinta dan kasih adalah Nikah ( Faidhul Qadir, 5/294)

4) Jangan menghebahkan kepada awam sekali mana belum di ijab kabulkan, kerana ikatan ‘janji untuk berkahwin' boleh membawa fitnah dengan mudah. Ia juga boleh terungkai dengan beberapa cabaran semasa pertunangan. ( Nizom al-Usrah Fil Islam, 1/214)

5) Jangan bertemu berdua-duaan di luar, sama ada di tempat terbuka atau tertutup, kecuali diiringi mahram lelaki yang telah dewasa dan mampu menilai baik buruk menurut Islam. Saya nyatakan begini kerana ramai juga mahram lelaki yang ‘merapu' dan tidak langsung punyai ilmu tentang batas hubungan lelaki wanita menurut Islam. Kehadiran orang seperti ini, akan membiarkan maksiat berlaku di antara dua insan tadi, oleh itu individu sepertinya tidak mencukupi syarat yang ditetapkan Islam.

6) Mengurangkan komunikasi (tidak terlalu kerap sampai lalai) yang tidak berkenaan, serta mengawal isi kandungan perbincangan dari yang membawa syahwat. Mengetahui hati budi bakal pasangan menggunakan alatan media elektronik seperti email, surat dan sms lebih baik dari bercakap dalam banyak keadaan (kerana mendengar suara mudah menaikkan syahwat). Bagaimanapun, saya tidak menafikan email, surat dan sms juga boleh menaikkan syahwat, tetapi saya kira secara ‘verbal' lebih mudah.

7) Kerana perbicaraan adalah panjang dan dalil amat banyak, ringkasan perkara perlu ( semuanya menurut dalil al-Quran & Al-hadith) dijaga seperti berikut :-


1. Haram bersentuh, menyentuh satu sama lain.
2. Haram ber"dating" dan berkapel (seperti belangkas) tanpa disertai mahram yang thiqah.
3. Haram berbicara dan bersembang dengan syahwat sama ada sms, phone, chat, mesengger.
4. Awas fitnah masyarakat sekeliling.
5. Awas fitnah dalam diri anda dan pasangan.
6. Haram melihat kepada aurat masing-masing.
7. Awas daripada bertukar gambar.
8. Awas daripada hebahan umum sebelum di ijab kabul.

Ingatlah wahai anak-anak muda sekalian, sebarang perilaku 'ringan-ringan' dan dosa yag dikerjakan dalam hubungan sewaktu pertunangan boleh memberikan serba ringkas gambaran bagaimana tingkah laku pasangan selepas berkahwin. Jika semasa berpacaran dia suka meraba-raba, demikian jugalah dia apabila sudah berkahwin kelak (kecuali sesudah dia bertaubat sebenar-benar taubat). Malangnya bukan dengan isteri atau suaminya selaku pasangannya yang halal, tetapi dengan individu lain sebagaimana tergamak dia melakukannya dengan isteri dan suaminya sebelum mereka kahwin. Baca lanjut di sini.

Sekian, Wallahu'alam.

Sumber: Ust Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net
15 Disember 2006

Tuesday, October 26, 2010

Lelaki dan blue

Posted by salafus-sholih at 5:22 PM
Blue, suatu istilah yang tak perlu diperkenal lagi. Ianya cukup sinonim dengan kaum lelaki pada masa kini. Mereka tidak kira pelajar sekolah, kolej dan universiti, baik penganggur dan pekerja awam, kesemuanya pasti cukup mengenalinya.

Mereka yang terjebak bagaikan seorang penagih dadah. Sekali terpaut, jiwa bagai meronta-ronta untuk mengaut buat kali seterusnya. Jika dahulunya untuk mencari blue, mereka perlu meredah hiruk pikuk kota dan menyusuri jalan petaling. Tetapi sekarang tidak perlu lagi. 

Blue kini dapat diakses begitu mudah, hanya berada pada hujung jari mereka sahaja. Buatlah pencarian di mana-mana browser di internet, sekelip mata terpapar apa yang diingini. Tambah-tambah lagi dengan adanya telefon bimbit berkamera yang boleh memainkan video berresolusi 1024x768, mereka boleh saling bertukar-tukar informasi blue mengikut citarasa mereka dan boleh ditonton bila-bila masa sahaja. Dan yang paling penting adalah mereka tidak perlu lagi berdepan risiko dimaki hamun tauke jurujual VCD blue lagi!

Lelaki dan couple

Mereka yang terjebak dengan blue, pasti akan ber’couple’ (berkhalwat). Ini bukanlah suatu perkara yang memelikkan kerana bagi mereka, menonton blue sahaja tidak mencukupi. Menonton blue bagaikan menagih dadah seperti yang dikatakan sebelum ini. Pada mulanya mereka melihat gambar, kemudian menonton video, dan akhirnya sudah tiba masanya untuk mencari seseorang untuk dijadikan ‘kambing hitam’. Setelah berlaku declaration, maka bermulalah pemasangan strategi-strategi oleh mereka ini. Apabila mereka berdepan dengan couple mereka, mereka cuba mengimbas kembali aksi-aksi di dalam video blue yang ditonton tadi, cuma kali ini wataknya cuba dikaitkan dengan pasangannya itu. Dan sekali lagi, bayangan mereka ini masih belum memenuhi kehendak nafsu mereka lagi.


Pada zahirnya, kaum lelaki tampak seorang yang mengambil berat, sering bertanya khabar, memuji-muji kaum hawa supaya dapat meruntum jiwa mereka. Mereka akan berlakon watak ‘lelaki paling baik di dunia’ dan ianya memang terbukti berjaya. Tidak hairanlah apabila ditanya pada kebanyakan para wanita diluar sana, masing-masing mengaku memperoleh pasangan couple terbaik dan kononnya tiada lagi lelaki lain yang dapat menandingi pasangan mereka itu. 

Bagi lelaki tersebut, tidak kira gelaran ‘baik’ diperoleh atau tidak, mindset mereka memang sudah ditetapkan sejak awal-awal lagi dan misi mereka harus dicapai secepat mungkin. Mereka cuba mencuba sehingga apabila berjaya menguasai perasaan pasangan mereka, maka bertindaklah mereka! Setelah habis diperalat, dikatakan telah puas, maka ditinggallah kaum wanita yang malang tadi. Jika kaum wanita itu ‘bernasib baik’, sampailah mereka ke jinjang pelamin walaupon telah dipalit dengan aksi-aksi yang menjijikan tadi . Dan kita pula terpedaya dengan 'kebahagian' pasangan couple itu.

Jaga pandangan
Menjadi lumrah, antara kaum adam dan hawa saling menegur. Kaum adam kini cukup prihatin dalam menjaga soat aurat. Mereka menegur wanita yang selalu memakai sendat. Mereka menegur muslimah yang bertudung tetapi mendedah dada. Ya, satu tindakan yang terpuji, namun yang tidak enaknya selang beberapa lama kemudian, mereka mula membuka leptop dan menonton koleksi video 3gp. Dan setibanya seorang wanita yang terdedah auratnya, mata mereka tidak berkelip-kelip. Mungkin mereka telah lupa, Allah SWT berfirman:
“Dan katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang lelaki yang beriman agar mereka tundukkan pandangan dan memelihara kemaluan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah maha mengetahui apa yang mereka lakukan.” (Surah al-Nur: 30)

Jadi, apakah bezanya kaum lelaki ini dengan muslimah yang tidak menutup aurat tadi, sedangkan mereka sendiri tidak melaksanakan perintah tuhan sewajarnya? Mereka seolah-olah mencari alasan untuk memuaskan nafsu serakah mereka sendiri disebalik kegagalan kaum muslimah tidak menutup aurat. Bagi mereka, apabila kesemua wanita di muka bumi ini menurut perintah menutup aurat dengan sempurna, barulah mereka hendak bertindak menjaga pandangan yang sepatutnya. Dan adakalanya, mereka membuat lawak disebalik peringatan yang diberi Rasulullah SAW:
"Jangan kamu ikuti satu pandangan dengan pandangan yang lain, kerana yang pertama bagimu ( diampunkan) dan tidak bagi yang kedua" (Riwayat Ahmad, Abu Daud)

“Ala... baru sahaja pandangan pertama, rilekslah... tak berdosa pon”. Itulah kata-kata mereka dengan tersengih-sengih memerhatikan kelibat tubuh wanita yang dipandangnya. Langsung tidak mengalih pandangan mereka samaada pandangan pertama, kedua, ketiga dan seterusnya. Ternyata selepas itu mereka dihimpit bayangan jijik yang membuak-buak di pemikiran mereka dan seterusnya terpaksa mencari blue untuk menuruti ketuhanan nafsu mereka. Inilah akibatnya apabila hukum hakam tuhan pada mulanya dibuat gurauan, akhirnya memakan diri.

Cabaran masa kini

Cuba bandingkan pemikiran anda dengan ayah-ayah, pakcik-pakcik serta datuk-datuk anda. Mereka memang jauh berbeza bagaikan langit dan bumi dengan anda. Jikalau dulu ayah anda mengenal erti seks ketika umur lewat belasan tahun, anda pula lebih advance, mungkin awal belasan tahun lagi. 

Tidak syak lagi, ini semua berlaku gara-gara perkembangan teknologi yang begitu pesat. Baik media cetak mahupun elektronik, kesemuanya menarik perhatian pandangan lelaki-lelaki. Lihatlah akhbar-akhbar tempatan, rancangan-rancangan TV, mahupun filem-filem wayang, segalanya dipenuhi gambar mendedah aurat. 

Setuju tak sekiranya dikatakan rating acara terjun dalam sukan komanwel baru-baru ini adalah paling tinggi berbanding acara-acara sukan lain? Kemudian, tatkala anda melayan aksi kuasa luar biasa yang ada pada watak-watak dalam drama bersiri Heroes, berapa banyak matakah yang tidak terkelip-kelip sangkut memerhati watak Claire Bennet? Ini tak termasuk lagi filem-filem Hollywood yang anda torrent sendiri, konon-kononnya ingin menikmati kehebatan jalan ceritanya tetapi berapa kalilah anda mengulang tayang adegan-adegan selitan yang menjijikkan? Ini semua kaedah alternatif bagi mereka yang menafikan menonton blue, tetapi cuba memenuhi hawa nafsu dengan cara tersendiri.

Inilah cabaran yang perlu ditempuh buat kaum lelaki masa kini. Lupakanlah segala hidangan-hidangan dunia yang memerangkap anda sendiri. Ingatlah, sesungguhnya perlakuan zina itu bermula dengan pandangan mata yang tidak dikawal oleh iman dan takwa. Bermula dengan melihat aurat wanita, ia membawa seseorang itu berkenalan dengan lebih rapat, menjalin hubungan dengannya, dan seterusnya berlaku perzinaan dan berakhir dengan pembuangan bayi. Berusahalah sedaya upaya melawan keinginan nafsu anda dan ketahuilah sesungguhnya melawan nafsu itu adalah seolah-olah seperti sedang berjihad. Jadi, janganlah menjadikan kaum muslimah, teknologi dan sebagainya untuk dipersalahkan dalam mengabaikan hukum menjaga pandangan. Rasulullah SAW bersabda:
Orang yang berjihad ialah orang yang melawan nafsunya” (HR Tirmizi)

Maka, sudah tiba masanya masing-masing memainkan peranan! Disamping kaum muslimah menjaga pemakaian mereka, kaum muslimin haruslah menjaga pandangan pula. Marilah kita sama-sama bergerak ke hadapan untuk menuju kesudahan yang baik. Tinggalkan segala kemungkaran dan jangan memenangkan pujuk-rayu dan dorongan syaitan. Sentiasalah ingat pada Allah SWT dan insyaallah hati pasti tenang, seterusnya kita tidak akan mencari sesuatu yang lebih gembira daripada ini.


(Bukan semua lelaki adalah bersifat sedemikian seperti yang diceritakan di atas. Namun untuk mencari lelaki yang bukan bersifat demikian adalah sangat sukar pada masa kini)

Sunday, October 24, 2010

Menjumpai Barang Yang Tercicir mengikut ISLAM

MUQADDIMAH

Sudah menjadi lumrah kita sebagai manusia, apabila kita menjumpai barang yang bukan kepunyaan kita, kita akan mengambil tindakan seperti:
  1. Mengambilnya untuk kegunaan kita sendiri dengan alasan tiada yang menuntutnya.
  2. Memberi atau meletakkan barang tersebut di surau/masjid.
  3. Menjadikan barang tersebut sebagai satu sedekah pada orang miskin.
  4. Membiarkan barang tersebut tanpa sebarang tindakan dengan alasan bahawa ada orang lain yang akan mnguruskannya.
Mengambil barang yang bukan hak milik kita atau mensedekahkannya kepada satu pihak yang tertentu walaupun dengan niat yang baik, adalah satu perbuatan yang salah dari segi syariat, kecuali setelah mengambil langkah-langkah yang telah digariskan oleh syariat.

DEFINISI LUQATAH

Harta ataupun barang yang dihormati yang dijumpai di tempat yang bukan milik individu dan ianya tidak ada tanda-tanda di bawah jagaan sesiapa dan tidak diketahui siapakah yang berhak untuk barang tersebut.

PENSYARIATAN MENGAMBIL BARANG YANG TECICIR

Nabi S.A.W. bersabda apabila ditanya tentang barang yang tercicir:

اعرف وكاءها وعفاصها ثم عرفها سنة فإن لم تعرف فاستنفقها ولتكن وديعة عندك فإن جاء طالبها يوما من الدهر فأدها إليه
“Hendaklah kamu mengenal pasti pengikat bungkusan barang tersebut dan bekas barang tersebut, kemudian hendaklah kamu wawarkan selama setahun. Sekiranya kamu tidak menjumpai tuan barang tersebut, dan hendaklah kamu simpan dan pelihara dalam jagaan kamu, dan apabila datang pemilik barang tersebut, pada bila-bila masa, hendaklah kamu menyerahkan barang itu kepadanya.”
Hadis riwayat bukhari (2295) dan Muslim (1722)

HUKUM MENGAMBIL BARANG YANG TERCICIR

Ia mempunyai 5 hukum:

  1. SUNAT:
- Bagi orang yang mempunyai sifat amanah dan ditakuti ianya hilang jika dia tidak mengambilnya.
  1. HARUS:
- Sekiranya tidak ditakuti ianya hilang jika tidak mengambilnya.
  1. WAJIB:
- Sekiranya dia yakin, jika dibiarkan, barang itu pasti akan hilang.

LANGKAH-LANGKAH YANG PERLU DIBUAT APABILA MENJUMPAI BARANG YANG HILANG

  1. Sekiranya barang tersebut adalah barang yang remeh-temeh, iaitu yang mana manusia tidak kisah kehilangan barang tersebut, maka orang yang menjumpai boleh mengambilnya tanpa perlu mewarwarkannya atau mencari tuannya.
  2. Sekiranya ia adalah barang yang bernilai, iaitu yang mana tuannya akan mencari barang tersebut, maka wajib orang yang menjumpai mewarwarkannya.
  3. Maka, orang yang menjumpai barang itu tadi, hendaklah dia mengenal pasti sifat-sifat barang tersebut.
  4. Orang yang menjumpai barang itu tadi hendaklah bertanya akan sifat-sifat barang itu kepada sesiapa yang mengaku sebagai tuan sebenar kepada barang tersebut.
  5. Kalau si pendakwa itu menjawab dengan tepat, dan diyakini oleh orang yang menjumpainya bahawa dialah pemiliknya, maka serahkan kepadanya.
  6. Sekiranya masih lagi berterusan, tidak ada yang mengaku, atau tidak diyakini pendakwa itu sebagai tuan yang sebenar, maka hendaklah orang yang menjumpainya mencari tuannya selama setahun. Tempoh masa setahun ini adalah bagi barang-barang yang sangat bernilai. Sekiranya barang itu tidak sangat bernilai, maka tempohnya tidak sampai setahun dan ianya mengikut nilai barang tersebut.
  7. Tempat yang diwawarkan adalah tempat yang umum, tempat yang dihadiri oleh orang yang ramai (pasar, sekolah, perhentian-perhentian dan lain-lain).
  8. Jikalau telah tamat tempoh pencarian tuan tersebut, maka dia boleh simpan sebagai harta amanah dan mengembalikan kepada tuannya sekiranya tuannya datang menuntut. Ataupun pilihan yang kedua, dia boleh memiliki barang tersebut dan membayar mengikut nilai barang tersebut sekiranya tuannya datang menuntut.


INI ADALAH PENJELASAN RINGKAS TENTANG TAJUK BARANG TERCICIR DALAM FEKAH MUAMALAT MAZHAB SYAFIE. IA PERLUKAN KEPADA PEMERINCIAN DAN PENERANGAN.

Friday, October 22, 2010

Kesempurnaan Diri Muslim

14 Zulkaedah 1431 H
Oleh : ZAMRI



HADIS MUTHAHHARAH

Daripada Sayyidina Khalid bin Al-Walid Radiallahu
'anhu telah berkata : Telah datang seorang arab desa
kepada Rasulullah S. A. W yang mana dia telah
menyatakan tujuannya

: Wahai Rasulullah! sesungguhnya
kedatangan aku ini adalah untuk bertanya engkau
mengenai apa yang akan menyempurnakan diriku di dunia
dan akhirat. Maka baginda S. A. W telah berkata
kepadanya Tanyalah apa yang engkau kehendaki :

Dia berkata : Aku mahu menjadi orang yang alim

Baginda S. A. W menjawab : Takutlah kepada Allah maka
engkau akan jadi orang yang alim

Dia berkata : Aku mahu menjadi orang paling kaya

Baginda S. A. W menjawab : Jadilah orang yang yakin
pada diri maka engkau akan jadi orang paling kaya

Dia berkata : Aku mahu menjadi orang yang adil

Baginda S. A. W menjawab: Kasihanilah manusia yang
lain sebagaimana engkau kasih pada diri sendiri maka
jadilah engkau seadil-adil manusia

Dia berkata : Aku mahu menjadi orang yang paling baik

Baginda S. A. W menjawab: Jadilah orang yang berguna
kepada masyarakat maka engkau akan jadi sebaik-baik
manusia

Dia berkata : Aku mahu menjadi orang yang istimewa di
sisi Allah

Baginda S. A. W menjawab : Banyakkan zikrullah nescaya
engkau akan jadi orang istimewa di sisi Allah

Dia berkata : Aku mahu disempurnakan imanku

Baginda S. A. W menjawab : Perelokkan akhlakmu nescaya
imanmu akan sempurna

Dia berkata : Aku mahu termasuk dalam golongan orang
yang muhsinin
(baik )

Baginda S. A. W menjawab : Beribadatlah kepada Allah
seolah-olah engkau melihatNya dan jika engkau tidak
merasa begitu sekurangnya engkau yakin Dia tetap
melihat engkau maka dengan cara ini engkau akan
termasuk golongan muhsinin

Dia berkata : Aku mahu termasuk dalam golongan mereka
yang taat

Baginda S. A. W menjawab : Tunaikan segala kewajipan
yang difardhukan maka engkau akan termasuk dalam
golongan mereka yang taat

Dia berkata : Aku mahu berjumpa Allah dalan keadaan
bersih daripada dosa

Baginda S. A. W menjawab : Bersihkan dirimu daripada
najis dosa nescaya engkau akan menemui Allah dalam
keadaan suci daripada dosa

Dia berkata : Aku mahu dihimpun pada hari qiamat di
bawah cahaya

Baginda S. A. W menjawab : Jangan menzalimi seseorang
maka engkau akan dihitung pada hari qiamat di bawah
cahaya

Dia berkata : Aku mahu dikasihi oleh Allah pada hari
qiamat

Baginda S. A. W menjawab : Kasihanilah dirimu dan
kasihanilah orang lain nescaya Allah akan
mengasihanimu pada hari qiamat

Dia berkata : Aku mahu dihapuskan segala dosaku

Baginda S. A. W menjawab : Banyakkan beristighfar
nescaya akan dihapuskan (kurangkan ) segala dosamu

Dia berkata : Aku mahu menjadi semulia-mulia manusia

Baginda S. A. W menjawab : Jangan mengesyaki sesuatu
perkara pada orang lain nescaya engkau akan jadi
semulia-mulia manusia

Dia berkata : Aku mahu menjadi segagah-gagah manusia

Baginda S. A. W menjawab : Sentiasa menyerah diri
(tawakkal) kepada Allah nescaya engkau akan jadi
segagah-gagah manusia

Dia berkata : Aku mahu dimurahkan rezeki oleh Allah

Baginda S. A. W menjawab : Sentiasa berada dalam
keadaan bersih ( dari hadas ) nescaya Allah akan
memurahkan rezeki kepadamu

Dia berkata : Aku mahu termasuk dalam golongan mereka
yang dikasihi oleh Allah dan rasulNya

Baginda S. A. W menjawab : Cintailah segala apa yang
disukai oleh Allah dan rasulNya maka engkau termasuk
dalam golongan yang dicintai oleh Mereka

Dia berkata : Aku mahu diselamatkan dari kemurkaan
Allah pada hari qiamat

Baginda S. A. W menjawab : Jangan marah kepada orang
lain nescaya engkau akan terselamat daripada kemurkaan
Allah dan rasulNya

Dia berkata : Aku mahu diterima segala permohonanku

Baginda S. A. W menjawab : Jauhilah makanan haram
nescaya segala permohonanmu akan diterimaNya

Dia berkata : Aku mahu agar Allah menutupkan segala
keaibanku pada hari qiamat

Baginda S. A. W menjawab : Tutuplah keburukan orang
lain nescaya Allah akan menutup keaibanmu pada hari
qiamat

Dia berkata : Siapa yang terselamat daripada dosa?

Baginda S. A. W menjawab : Orang yang sentiasa
mengalir air mata penyesalan, mereka yang tunduk pada
kehendakNya dan mereka yang ditimpa kesakitan

Dia berkata : Apakah sebesar-besar kebaikan di sisi
Allah?

Baginda S. A. W menjawab : Elok budi pekerti, rendah
diri dan sabar dengan ujian (bala )

Dia berkata : Apakah sebesar-besar kejahatan di sisi
Allah?

Baginda S. A. W menjawab : Buruk akhlak dan sedikit
ketaatan

Dia berkata : Apakah yang meredakan kemurkaan Allah di
dunia dan akhirat ?

Baginda S. A. W menjawab : Sedekah dalam keadaan
sembunyi ( tidak diketahui ) dan menghubungkan kasih
sayang

Dia berkata: Apakan yang akan memadamkan api neraka
pada hari qiamat?

Baginda S. A. W menjawab : sabar di dunia dengan bala
dan musibah

Telah berkata Imam Mustaghfirin: aku tidak pernah
menjumpai hadis yang besar dan merangkumi kesempurnaan
agama dan bermanafaat selain hadis ini.

Dosa Yang Terpaksa

14 Zulkaedah 1431 H
Oleh : Iqbalsyarie Bin Shaari

Percaya atau tidak,dalam dunia ini ramai orang yang 'terpaksa' melakukan dosa. Bukan dosa darurat kerana dia sememangnya punyai pilihan samada untuk meninggalkan atau bergelumang dengan dosa itu.

Sebaliknya, dia 'terpaksa' dalam erti kata lain, dia tidak mampu menghalang dirinya daripada meninggakan terus maksiat itu.
Inilah masalah yang seringkali terlepas pandang oleh para pendakwah muda khususnya. Orang muda, sifatnya lebih mudah menghukum. Kurang rasionalnya, kurang timbang rasanya.

Bayangkanlah, seseorang yang sudah bertahun-tahun berenak-enak dengan suatu dosa, pasti teramat sukar baginya untuk meninggalkan dosa itu.

Sebagai contoh, seseorang anak muda yang sejak usianya belasan sudah pandai clubbing dan kini sudah 30-an, pasti sukar baginya untuk menghentikan tabiat buruk itu. Makanya, kita tidak boleh menghukum terus sebaliknya kita boleh 'meringankan' dosanya.

Bagaimana?

Jika kita buka surah Yusuf ayat 9 dan 10, kita lihat bagaimana anak-anak Nabi Ya'akob merancang untuk membunuh adik mereka (Nabi Yusuf). Lalu timbul persoalan, anak-anak seorang rasul pun mahu membunuh saudara kandungnya? Ayahnya tidak mendidik merekakah?

Maka jika kita lihat sekali lagi, jelas rancangan asal mereka ialah untuk membunuh tapi bangun seorang yang paling tua dalam kalangan mereka mencadangkan agar Yusuf tidak dibunuh, sebaliknya sekadar dibiarkan di dalam perigi, moga-moga ada orang musafir yang mengutipnya.

Di sini kita memerhatikan dua pengajaran.

Pertama,hasad dan dengki akan membuatkan kita sanggup melakukan apa sahaja untuk menjatuhkan musuh. Demikianlah yang terjadi kepada adik-beradik Nabi Yusuf a.s yang jealous dan cemburu dengan kasih sayang yang ditunjukkan oleh bapa mereka, Nabi Yaakub kepada Nabi Yusuf a.s berbanding dengan orang lain.

Kedua, orang yang ditarbiyyah, jika dia 'terpaksa' melakukan sesuatu dosa kerana sudah dikuasai nafsu dan syaitan dia pasti akan melakukan dosa itu dengan mengambil dosa yang paling sedikit kesannya.

Dalam keadaan masyarakat masa kini,untuk kita lari dan tinggalkan 100% dosa silam, itu adalah sesuatu yang sukar melainkan jika Allah mengkehendakinya begitu. Yang pasti, ramai dalam kalangan kita sudah punya hidayah tapi belum dikurniakan taufik. Ramai yang sudah diberi kesedaran (hidayah) tapi tak ramai yang diberi kekuatan (taufik) untuk melakukan kebaikan seperti yang hati kecilnya mahu.

Ini dibuktikan dengan firman Allah dalam surah al-hujurat ayat 7 bahawa fitrah manusia, tidak kisah sejahat manapun dia, dia cenderung kepada keimanan dan membenci kepada kekufuran dan dosa. Kita boleh tipu orang lain, tapi kita takkan boleh tipu diri kita. Kita mahu mengenal Allah.

Kita mahu menjadi pemuda yang dekat dengan masjid. Kita mahu jadi orang yang baik. Tapi kadangkala kita terlalu ego untuk mengaku bahawa kita mahu berubah.

Maka,di situ lah peranan da'ei sebagai penyeru dan bukannya penghukum. Apa yang terjadi, jika kita mudah menghukum orang lain ,maka hati kecil yang nak berubah ini terus tertutup dek kecewa dengan sikap orang-orang berkopiah ini. Apakah ini yang dinamakan jenayah kopiah putih?

Saya faham...
Maka,saya sama sekali tidak pernah menyalahkan mana-mana orang yang bermaksiat. Cuma yang saya marahkan ialah maksiat itu,bukan pelakunya. Saya tahu, untuk mengelakkan maksiat itu bukannya mudah. Kerana itu, para ulama dalam menafsirkan bentuk-bentuk sabar, mereka meletakkan sabar dalam meninggalkan maksiat sebagai sabar yang paling tinggi tarafnya.

Susah nak tinggal kebiasaan jahat kita,tapi ia boleh. Apa yang perlu, ialah azam dan keinginan yang kuat untuk berubah. Jika hari ini kita buat maksiat 5 kali, mungkin minggu depan kita buat 4 kali.

Sedikit demi sedikit, kita kurangkan. Terus menerus kita kurangkan dan insyaAllah kita boleh tinggalkan terus! Yakinlah! Dan, jadilah manusia yang bijak yang mengurangkan impak dosa.

Kesimpulan
Saya mahu mengajak anda supaya memasang niat untuk meninggalkan terus maksiat. Saya pasti anda bukan malaikat, tak boleh lari daripada melakukan dosa sama seperti saya juga.

Maka kerana itulah, jika tak tahan juga nak buat dosa, pilihlah dosa yang kecil dan bertaubatlah selepas itu. Taubat, moga-moga timbul kesal dan insaf.

Dan paling penting, jangan sesekali kita berbangga-bangga (heboh-hebohkan) dengan perbuatan dosa itudan jangan pula kita mengajak orang lain untuk turut sama melakukan dosa.

Bersikap baik kepada keluarga.

14 Zulkaedah 1431 H
Oleh : YB. Drs. Khalil Idham Lim

“SeSebaik-baik kalian adalah orang yang bersikap baik kepada keluarganya. Dan aku adalah orang yang terbaik bagi keluargaku” (HR at-Tirmidzi dan Abu Daud).Sebahagian orang merasa sudah tepat menjalani hidup di jalan Allah.

Sebab, sudah mengikuti Rasulullah, telah melakukan segala macam ibadah wajib dan sunnat, serta telah berbuat baik untuk umat. Namun, ada juga yang hanya berbuat baik kepada umat di luar keluarganya, sedangkan keluarganya diabaikan. Ada suami yang menjadikan isterinya bagaikan hamba.

Begitu mudah marah terhadap isteri hanya kerana hidangan makan tengahhari nya terlambat Bahkan, ada suami yang merasa “haram” memasak untuk isterinya seumur hidup, meskipun sempat dilakukan.

Padahal, keluarga merupakan sebahagian kecil dari umat Islam kesleuruhannya. Kalau menelusuri kehidupan Rasulullah, beliau memperlakukan keluarganya dengan sangat baik.

Bila pulang ke rumah dan mendapati tiada makanan, beliau akan bersabar dan bahkan berpuasa. Bila memanggil isterinya, beliau menggunakan kata-kata yang baik dan lembut.

Rasulullah sendiri mengakui kalau beliau adalah orang yang terbaik untuk keluarganya. Hal ini juga diakui oleh orang yang pernah membantunya. Katanya, selama sekian tahun bersama Rasul, tidak pernah mendengar kata-kata yang tidak enak di hati.

Demikianlah Rasulullah s.a.w. memberi contoh untuk diikuti oleh umatnya spanjang zaman.

Kerana itu, penting bagi setiap insan untuk berpikir tentang umat Islam , termasuklah umat Islam terkecil iaitu keluarganya sendiri. Sesunbgguhnya pembinaaan umat perlu dari keluarga sendiri.

Sebab, kita lebih tahu apa yang terjadi dalam keluarga sendiri, berbanding dengan apa yang terjadi dalam keluarga orang lain.

Jika setiap orang mahu mengawal dan mampu mengawal umat dalam keluarganya sendiri, maka dengan sendirinya umat yang besar akan ikut terkawal juga. Semoga Allah menjauhkan kita dari perasaan yang menipu diri kita sendiri.

Thursday, October 21, 2010

Coklat Cadbury?



3/30/2009 11:11:00 AM | Author: SahabatMusleem
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillah, sekali lagi dipost. Tapi benda yang nak dipost ni penting Insya-Allah. Penting sangat²lah, untuk musleem. Hmm, pasal coklat Cadbury. Aha, tentu semua sahabat taukan coklat yang saya sebutkan ni. Sebut je Cadbury, rasanya orang yang tak suka makan pun tahu apa itu Cadbury? Diorang akan jawab, alah sejenis coklatlah. Sedap giler, ramai orang kate (termasuk saya, dulu²). Ish.. Ni yang membuatkan saya xsedap hati, dan nak post lagi pasal Cadbury nih. Dulu ade post sekali, tapi xdela detail. Hanya listkan aje. Lagipun, post yang dulu cousin saya yang pergi cek kat kedai². Cek apa? Cek ECode. ECode? Untuk apa cek ECode, dan ECode apa?

Jap², sebelum saya ceriter pasal ECode
nih saya nak tnya dulu. Adakah anda betul² tahu apa itu Cadbury? Ish, saje je soalan ni kan? Padahal, memang dah tahu pun kan? Tapi xpela, untuk meyakinkan lagi apa itu Cadbury dan macamane rupenya.. Saya letakkan gambarlah. Biar semua orang tahu apa itu Cadbury..
Searching......

Searching.......

Still searching...... (Via Yahoo Search)
Cadbury

Aha, dapat pun.. Biaselah, kalau searching macam² leh jumpa. Bukan setakat gambar je, artikel² pasal Cadbury yang kita xtahu pun ade. Aha, yang tu nantilah saya post. Ni just nak cerita pasal Cadbury dan apa yang terkandung dalam coklat ni berdasarkan ECode. Wallahua'lam.

Pada hari Sabtu yang lepas kalo xsilap saya, saya pergi ke sebuah Mini Mart lah. Sama dengan mak ayah dan adik². Sementara diorang mencari barang, saya pun sibuk nak cek ECode kat coklat² yang ade kat situ. Tapi sebelum tuh, senarai ECode memang saya dah print out. Senang nak bawa ke mana². Tergerak hati nak print out, sebab terbaca blog seorang sahabat post tentang minuman yang HALAM (Halal+Haram) diminum. Wallahua'lam. Padahal, minuman tu bersepah² jual kat kedai. Silap² ade tanda HALAL kat kotaknya. Itu, wallahua'lam lah. Sahabat² semua leh tengok artikel pasal ni kat sini ECode saya bawa kat mane² Insya-Allah, senang nak rujuk nanti. Saya ni salah seorang penggemar coklat, sedap! Tetapi disebalik kesedapan coklat Cadbury dan sesetengah coklat yang lain ni, ada benda yang kena ketahui dan kena ambil berat pasal hal ni. Jangan buat endah x endah je. Penting sebab ada kaitannya dengan darah daging kita. Kerana sesuatu makanan yang kita makan, akan menjadi darah daging kita. Bila kita makan makanan yang tidak bersih, maka ??? (Allah menjadikan manusia itu berakal, maka fikir²kanlah). Wallahua'lam.

Cek punye cek coklat kat Mini Mart tu, astaghfirullah, Cadbury ni sebenarnya kita (musleem) xleh makan.. Nak tahu x sebab apa? Sebab, cuba sahabat² semua pergi cek sendiri kat Isi Kandungan / Ingredient dibahagian belakang coklat tuh. Ish, ade tersenarai kod (ECode lemak babi) kat situ.. Ishh...Ya Allah selama ni aku memang suka makan coklat Cadbury ni. Sekarang baru nak alert dengan benda² macamni. Patutlah, apa kebaikan yang kita nak buat xjadi atau xde hati nak buat.. Wallahua'lam. Apa ECode yang ade kt ramuan² dia tu? Tak silap saya E476 ataupun E471.. Antara dua ni lah, xingat saya. Mane nak dapat ECOde ni wahai Julia? Aha, ni senarai ECode yang berkenaan tuh saya dapat drp email sebenarnya. Tahap mane kesahihannya, wallahua'lam. Yang penting kena hati² dengan makanan sekarang. Xmustahil kan zaman skrg ni, makanan dicampurkan dengan benda² yang Haram..Wallahua'lam!

E100, E110, E120, E140, E141, E153, E210, E213, E214, E216, E234, E252,E270, E280, E325,E326, E327, E334, E335, E336, E337, E422, E430, E431, E432, E433,E434, E435, E436, E440,E470, E471, E472, E473, E474, E475,E476, E477, E478, E481, E482, E483,E491, E492, E493, E494, E495, E542,E570, E572, E631, E635, E904.

Huraian Untuk ECode

ECode ni, kalau boleh copy dan print outlah. Bukan untuk orang lain, tapi untuk diri kita sendiri juga, Insya-Allah. Bukan apa, memang banyaklah makanan sekarang ni yang xboleh makan tapi ade tanda logo Halal. Huh.. Confius! Tambah² coklat yang dari luar negara, ish. Baru² ni, cousin saya ada bagilah buah tangan coklat dari luar. Cepat² saya cek Ingredient, tengok² memang betul ade tersenarai juga ECode haram dimakan ni. Huhuh... Apa lagi, terus buang coklat tuh walaupun sedap. Huhu.. Berhati²lah dengan makanan yang kita nak makan ni. Kesannya nanti pada kita, paling penting bagi yang musleem lah. Jika makanan yang kita makan, tidak bersih maka doa' (senjata kita) tidak dimakbulkan oleh Allah SWT, solat kita cukup payah nak khusyuk dan macam² lagilah.. Wallahua'lam!

Jadi, sebagai musleem wajib bagi kita mencari sesuatu yang halal itu. Maka, jomlah kita sertai HPA (sempat lagi promo!). Walaupun HPA ni xkluarkan coklat lagi, tapi Insya-Allah lah akan keluarkan sebab aiskrim pun dah nak ade...Alhamdulillah, sama² kita doa'kan.

Jom Daftar MyHPAGroup

Wassalam,
SahabatMusleem

Untuk Add Gadjet (1)

4/28/2009 08:02:00 AM | Author: SahabatMusleem
Untuk Add Gadjet, seperti Jam, Shoutbox, Follower, Blog Updates dll macamni caranya. Lepas Sign in blog anda, klik Layout (Dashboard) ...


atau klik Customize (View Blog, bahagian Atas Kanan)...



akan terpapar page macamni (Page Element)

Nak letak Jam/Kalendar, klik Add Gadget tu. Sebelum klik Add Gadjet tuh, open la web untuk dapatkan HMTL Code Jam tuh. Ini salah satu web untuk dapatkan jam
Bile dah pilih jam kegemaran, contoh nak dapatkan codenye ye (di web dapatkan jam tadilah).. Pertama Klik sini (View HTML Tag)..

Pastu klik sini (Accept) ...


Bile dah Accept tuh, edit apa yang patut pastu copy je HMTL code dia.. Macamni..


Pastu copy, paste (1) kat sini dan Save (2)..**Title tu letakla ape², Demi Masa ke dll.

Eh, kat mana nak dapatkan bar Configure HTML/Javascript tu? Aha, nak dapatkan dia macamni lah.. Klik Add Gadjet (Page Element) tadi.


Pastu Klik/pilih HMTL/JavaScript..

Keluarlah bar Configure HTML/Javascript tadi.. Paste HTML Code kat bar Configure HTML/JavaScript, kemudian Save. Pastu, Jam yang kita add tadi kita boleh Drag (Page Element) atas atau ke bawah.. Macamni..

Kemudian, Save jangan lupa! Eheheh.. View lah blog anda, tengok jadi ke tak jam tuh?
**Ok, kalau nak add Kalendar ke ape² ke yang berkaitan dengan HTML Code. Caranya semua sama. Contoh Shoutbox, MP3 Player. Sama je cara, nak dapatkan HTML Code dia. Tapi sebelum tuh, macam biasalah selalunya Shoutbox, MP3 Player semua kena Register (daftar) dulu. Register macam biasalah, macam kita register emel dll.
Dapatkan semuanya disini, Shoutbox, MP3 Player, Feedjit, Nak buat tulisan bergerak², Counter untuk pengunjung, Update Komen² terbaru, Upload Gambar, Waktu Solat.. Banyak lagi, leh je cari.
Tak paham, buzz YM saya atau tinggalkan pesanan kat komen.
[Step asas berblog][Nak Tukar Template]

Adik,Abang,Kakak Angkat?

 
6/16/2009 01:57:00 PM | Author: SahabatMusleem
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بسم الله الرحمن الرحيم..الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين


Angkat? Istilah angkat, "Abang angkat, Kakak angkat, Adik angkat" memang dah biasa kita dengar. Saya sendiri pun ada, berangkat² ni. Tapi apa kata Islam dalam hubungan berangkat² ni?

Pagi tadi, ade seorang sahabat SMS saya bertanya soal hubungan berangkat² ni. Takut juga nak jawab. Sebab
saya ni masih cetek ilmu ugama ni. SMS sahabat yang bertanya td, bunyi dia begini:

"Salam ya Ukhti Julia, ana nak tnya. Ada ke istilah dalam Islam adik angkat? Pada ana la, niat kerana Allah dan dapat elak dr fitnah. Maksud ana ada seorang sahabat, jika ana di UM hanya bergantung pada PTPTN dalam pengajian, sahabat ini tanpa PTPTN dan spnsorship. Ana selama ini, ana bekerjasama mencari rezeki Allah dengan kelebihan yang kami ada. Dari ilmu komputer hingga kesenian. Apa yang berlaku kerjasama kami menimbulkan fitnah. Sampai 1 tahap, yuran xdapat dijelaskan. Kami buat permohonan zakat yang disediakan di UM. Rezeki ana lulus permohonan tu, dalam masa yang sama keluarga membantu. Tetapi sahabat tak.

Dengan nama Allah zakat tu lebih layak untuk kegunaan dia. Dan selama ni kami bekerjasama. Ana rasa untuk mengelak dari penyakit hati, atau mungkin boleh mengelak fitnah, ana mahu gunakan istilah adik angkat tu. Dan moga dengan istilah tu, kami juga boleh bersahabat dengan batasan yang ditetapkan. Anti beri teguran jika ana menyimpang jauh. Atau mungkin ana terus membataskan pergaulan ni, dengan makna lain tidak ada lagi kerjasama, dan seakan memutuskan ukhuwah. Selama ini pun alhamdulillah batasan tu sering ana peringatkan diri. Mungkin selama ni ana rasa batasan itu ada, tp mungkin ilmu ana masih banyak yang kurang. Jazakillah anti. Ana ingin sangat mendalami ertinya."

Balasan SMS saya pula:

"Wslm, adik angkat yang macamane? Bagi pendapat ana, tiada istilah adik angkat dalam Islam. Sama seperti ukhuwah kite bersahabat sebenarnya. Jika perempuan, jaga batas² dengan perempuan. Jika lelaki, jaga batas² bersahabat dengan lelaki. Ok, ana tanya pada sahabat yang lebih a'lim lg ye. Dan istilah adik angkat, xkan dapat elak dari fitnah kecuali bernikah. Bukan maksud putuskan ukhuwah disini maksud ana. Mane leh putuskan silaturrahimkan? Enti hanya perlu jaga batas². Kalau ada fitnah, jangan terlalu rapat, itu je. Allahua'lam."

Takut juga kalau² ade yang bertanya soalan² yang kadang² saya sendiri pun xdapat nak jawab. Saya ni bukanlah seorang yang tinggi ilmu ugamanya. Sekadar pendapat, Insya-Allah. Kalau saya xde ilmu tentangnya, Insya-Allah saya akan rujuk/tanyakan pada sahabat yang lebih tinggi ilmunya. Jadi, dalam masalah ini, saya telah tanyakan pada seorang sahabat yang saya rasakan dia boleh menjawabnya. Jom ikuti perbualan saya dengan sahabat yang saya tanyakan akan hal ini td melalui YM.

Saya:
assalamua'laikum wbr..ana ade nk tnye lagi soalan pada enta..
boleh?


Abu Hurairah :
waalaikum salam, boleh insyaAllah

Saya:ana nk tnya hal mengenai istilah adik angkat..ramai sahabat ana tnyakan ..
dan..bg pendapat ana tidak ada istiliah adik angkat didalam islam..dan ada sahabat ana beritahu, dia mewujudkan istilah angkat bersama sahabtnya utk mengelakkan dr fitnah bg ana, tetap tidak boleh..istilah itu tidak ada masalah (maya saje) tp batas2 nya tetap spt kita bersahabat dgn org lain perempuan, tetap ada batas2nya

Abu Hurairah :
sama spesis atau berbeza?

Saya:
dan jika lelaki, tetap ada batas2 nya betul?ana rasa, sahabat yg tnya itu seolah2, berbeza spesis..utk elak fitnah..hm, xboleh kan?ttp dgn batas, wpun ade istilah adik angkat..

Abu Hurairah :perintah Allah utk menundukkan padangan. dalam memandang saja
dah ada pencegahan
.

Saya:bg ana, Islam tiada istilah angkat. Allahua'lam..benar..
Abu Hurairah :
apatah lg benda lain, melihat, memandng, berkata2...berjumpa lagi2 ditegah. ikhtilath (bercampur) laki peremapuan dilarang.

Saya:
benar

Abu Hurairah :jadi macam mana pula nak bolehkn hubungan adik/abg/kakak angkat ni?

Saya:
istilah itu tidak mengapakan? tp tetap dgn batas2 yg diwajibkan..dan tidak ada special status utk berangkat2 ni kan? sama kes spt bercouple kan? maksud ana, bkn dibolehkan hubungan tu..tp istilah..istilah adik angkat..

Abu Hurairah :
oklah, macam ni

Saya:tp batas2 wajib tetap ada ok.. silakan terang

Abu Hurairah :kalupun istilah adik angkat tu dibolehkan. maksd ana, adakah boleh
digunakan utk lelaki yg bukan mahram utk mengambil perempuan sbg adik angkat?? sedangkan lelaki td
takde pun hubungan halal dgn dia. pendek kata dia ni bukan mahram dia. halal baginya ut menikah dgn perempuan tu jd utk istilah ini tak sesuai lah.tp kalu perempuan dgn prempuan, atau sejenis...

Saya:benar..

Abu Hurairah :tu tiada masalah

Saya:
perempuan perempuan tidak ada masalah..
benar

Abu Hurairah :utk kes yg berbeza jantina, haramlah..sbb boleh jugak membawa kepada perzinaan

Saya:
istilah adik angkat, xde masalah..tp batas2 tu kena jaga..tidak ada bezanya batas2nya diantara kwn/adik angkat. tetap bkn mahram, kecuali bernikah..benar?

Abu Hurairah :betul...tp kalu kita bercadang utk amik adik angkat yg bukan spesis, maka ia boleh jatuh pd haram..sebab kita telah melakukan ikhtilath = percampuran antara lelaki dgn wanita

Saya:ya perkataan **boleh jatuh pd haram la yg kita kena jaga betul2..benar? itu la masalah besar..jd, lbh elok tidak payah utk lain2 spesis..benar? sbb tetap bkn mahram

Abu Hurairah :
iya, betul

Saya:
syukran wa jazakallahu khoiran kathir..
Abu Hurairah :sbnryna bukan boleh jatuh haram...memang diharamkan pun....

Saya:
yela, itula yg kita takut..haram tu..

Abu Hurairah :
mana boleh lelaki dgn perempuan berhubung kecuali dlm hal2 yg syarie

Saya:
baik xpayah..kan? ye..benar

Abu Hurairah :
iya..anda betul

Saya:syukran

Semoga jelas, Insya-Allah


**Maaf pada sahabat yang bertanya melalui SMS. Telah saya post disini untuk sama² kita kongsi. Mohon maaf, Jika ada apa² kesalahan pada SMS tersebut.

Wassalam,
SahabatMusleem

FACEBOOK: Photos & Tagging Yang Mengundang Dosa

by Abu Umair
Ketika mula-mula saya mendaftar dan menyertai laman rangkaian sosial Facebook, saya tertarik dengan satu fungsi dalam aplikasi ‘Photos‘ yang dikenali sebagai ‘Tagging‘. Mungkin dalam Bahasa Melayu boleh diterjemahkan sebagai ‘penandaan’.
Fungsinya, pengguna Facebook yang muat naik gambar ke dalam album fotonya boleh melakukan ‘tagging‘ iaitu menanda pengguna-pengguna lain yang ada dalam gambar tersebut. Aturannya ringkas, semudah ABC, dan hasilnya gambar-gambar yang ditanda itu secara automatik akan masuk dalam senarai ‘Photos of‘ bagi pengguna lain yang ditanda.
Menariknya fungsi ‘tagging‘ dalam aplikasi ‘Photos‘ ini, ialah semua gambar-gambar yang dilakukan tagging kepada seseorang pengguna akan terkumpul di bahagian ‘Photos‘ di profile nya. Mungkin pengguna tersebut tidak pernah mempunyai atau melihat gambar yang ditagkan itu. Tetapi ‘tagging‘ membantu pengguna mendapatkan dan mengumpulkan gambar-gambarnya yang ada pada orang lain. Itu dari sudut positifnya. 
Dari sudut yang lain, tagging adalah satu operasi penyebaran gambar kepada khlayak pengguna Facebook secara berleluasa. Lagi banyak nama-nama yang ditag pada satu-satu gambar, bererti makin ramai pengguna yang dapat melihat gambar tersebut. Contohnya, satu gambar ditagkan kepada 10 pengguna, dan setiap pengguna secara purata mempunyai 200 orang kawan atau ‘friends‘. Bererti sekurang-kurangnya 2000 pengguna dapat menatap gambar tersebut.
Jadi apa masalah dengan penyebaran gambar ini? Masalahnya ialah apabila gambar yang ditagkan kepada ramai pengguna itu mengandungi unsur yang tidak baik. Contohnya, pendedahan aurat atau lain-lain kandungan yang mengaibkan dan menjatuhkan maruah.
Saya sedih melihat sebahagian rakan-rakan pengguna Facebook yang makin terhakis rasa malunya. Tidak segan memuat naikkan gambar-gambar yang mendedahkan aurat lagi mengaibkan. Yang lelaki meletakkan gambarnya tanpa berbaju, memperagakan pusatnya, berseluar pendek, menampakkan pehanya. Yang perempuan meletakkan gambar sekumpulan anak dara waktu di asrama wanita dengan masing-masing berpakaian tidur mendedahkan rambut dan aurat lain.
Kemudian, gambar-gambar mengaibkan ini disebarkan pula dengan cara tagging kepada pengguna lain seberapa ramai yang boleh. Sekurang-kurangnya dia telah melakukan dua kesalahan.
Pertama: Memuat naikkan gambar yang mendedahkan aurat, dan memberi peluang kepada pengguna lain dari kalangan rakan-rakannya menatap gambar-gambarnya yang mendedahkan aurat. Hukumnya, rata-rata ahli fatwa berautoriti pada zaman kini berpendapat memperlihatkan gambar mendedahkan aurat kepada orang lain adalah haram. Ia termasuk dosa bantu-membantu dalam perkara maksiat.
Kedua: Menyebarkan gambar tersebut kepada rakan-rakan pengguna lain melalui fungsi ‘tagging‘, mendedahkan lagi gambar tersebut kepada khalayak pengguna yang lebih ramai. Dosanya lebih besar, kerana dia menjadi penyebab kepada berleluasanya satu maksiat kepada Allah. Kaedah dalam agama menyatakan orang yang menunjukkan kepada satu kejahatan, akan dibebankan dengan dosa tersebut dan dosa orang yang melakukannya.
Amat malang orang yang dibebankan dengan dosa yang banyak lagi berterusan, disebabkan oleh perbuatannya menyebarkan gambar yang demikian.
Saya menyeru kepada semua rakan-rakan pengguna Facebook, jika ada gambar-gambar yang dimuat naikkan mengandungi unsur yang mendedahkan aurat dan mengaibkan, wajarlah ia dipadam. Jangan memandang perkara ini satu isu remeh. Kerana resam orang beriman, melihat satu dosa umpama gunung yang hampir menghempapnya. Sebaliknya resam orang kafir, melihat satu dosa umpama lalat yang hinggap di batang hidungnya.

Tuesday, October 19, 2010

Rendahkanlah hati mu


Rendahkanlah hati mu

Nabi saw bersabda:

إن الله أوحى إلي أن تواضعوا حتى لا يفخر أحد على أحد ولا يبغى أحد على أحد

“ Sesungguhnya Allah mewahyukan kepada ku agar kamu semua bersikap merendah hati mu supaya kamu tidak bermegah kepada yang lain dan tidak menzalimi orang lain.”

Hadis riwayat Muslim

Tawaduk adalah perasaan kita adalah yang paling banyak dosa dan kesalahan diantara orang lain. Imam Malik bin berkata dalam mendefinasikan tawaduk:

أن ترى نفسك دون كل جليس

Kamu melihat dirimu lebih rendah dari setiap orang yang bersama.

Kalau berada dalam kelas, kita rasa lebih banyak dosa dan kesalahan dari rakan sekelas. Sekalipun kita sebagai guru kena rasa kita yang banyak dosa dari orang lain.

Kalau berada di tempat kerja kita rasa kita lah paling banyak dosa dan kesalahan dari rakan sekerja lain. Walaupun kita bos kita kena rasa lebih banyak dosa.

Kalau dalam rumah , kita rasa lebih banyak kesalahan dan dosa dari housmate lain. Even kita senior.

Nabi saw pun disuruh untuk merendahkan diri dengan para sahabatnya. Allah berfirman :

واخفض جناحك لمن تبعك من المؤمنين

“ Dan rendahkanlah dirimu kepada orang-orang beriman yang mengikuti kamu.”

Sifat merendah diri terhadap sesame mukmin dan muslim adalah dituntut dalam al-Quran. Inilah golangan yang dikasihi tuhan. Firman Allah swt:

“ mereka (orang yang dikasihi tuhan dan mengasihi tuhan) merasa hina terhadap orang-orang beriman dan merasa megah terhadap orang-orang kafir.”

Berpakaian cantik tidak menafikan tawaduk

Rasulullah saw bersabda:

“ Tidak masuk syurga orang yang mempunyai sebesar biji sawi sifat kesombongan dalam hatinya.”

Sahabat bertanya:

Bagaimana kalau orang yang suka pakai baju cantik dan kasut cantik.

Nabi saw menjawab:

Sesungguhnya Allah cantik dan sukakan kecantikan. Kesombongan adalah menolak kebenaran dan menghina manusia (walau dalam hati).

Hadis sahih Bukhari

Cerita tentang tawaduk

Ketika mana salman al-farisi menjadi gabenor pada salah satu wilayah Islam, seorang kenamaan telah membeli barang. Apabila dia melihat salman yang disangkannya pembawa barang, dia telah berkata “ Mari angkat barang-barang ini.” Lalu salman membawa barang tersebut. Di pertengahan jalan, orang ramai telah berkata “ Semoga Allah memberi kebaikan pada mu wahai gabenor. Biar kami yang membawa barang-barang yang kau bawa.” Namun salman enggan untuk menyerahkan barang itu kepada mereka. Ketika itu barulah kenamaan tadi tersedar dan berkata pada dirinya “ Celaka engkau ini , aku telah mempergunakan gabenor.” Dia pun meminta maaf kepada salman dan berkata “ Maaf aku tidak mengenalimu , semoga Allah memberikan kebaikan kepada mu. “ Salman pun berkata “ tidak mengapa, engkau balik rumah.” Salman membawa barang itu ke rumah kenamaan tersebut. Dia pun berkata “ Aku tidak akan mempergunakan sesiapa selepas ini.”

Cerita ini disebut dalam kitab Tanbihul Mugtarrin.