Friday, November 12, 2010

Perkongsian Tips Amalan Suami dan Ibu Mengandung

Salam kepada semua, saya hendak berkongsi sedik maklumat dengan anda semua. Isteri saya sedang mengandung 7 bulan dan tidak lama lagi akan memperolehi anak yang pertama. Mula-mula berdebar juga nak dapat anak ini, tapi difikirkan takdir dan ini adalah rezeki, saya bersyukur dan redho dengan ketentuan ilahi. Cahaya mata dalam rumahtangga sangat penting, kerana cahaya mata ini mampu menceriakan rumahtangga. Tetapi janganlah dilupakan tanggungjawab yang sebenarnya untuk mendidik anak, kalau tersalah didik nanti anak tersebut tidak jadi manusia, kalau betul didikan kita anak tersebut akan memudahkan kita dihari perhitungan nanti. Mula-mula tahu isteri saya mengandung, rasa risau dan takut difikirkan tanggungjawab untuk mendidik anak. Takut pendidikannya agamanya diabaikan, takut dia terpengaruh dengan masalah sosial dan sebagainya. Bila difikirkan, Islam adalah agama yang terbaik untuk mendidik manusia, jadi saya ambil kaedah yang saya ketahui untuk diamalkan dengan isteri dengan tawakal kepada Allah. Kaedah yang kami amalkan untuk mentarbiah janin kami ialah :
  1. Isteri dan saya sering membaca Al-Quran pada waktu subuh dan selepas solat maghrib, kami berhasrat untuk khatam 30 juzuk sebelum bersalin. Kadang-kadang dia membaca surah Yusuf, Mariam, Yassin, Luqman dan At-Taubah. Waktu-waktu lain, kami pasang CD bacaan ayat Al-Quran, nasyid, ceramah ketika masa tidur, ketika bersantai di rumah, ketika melakukan kerja rumah dan sebagainya. Tujuan kami lakukan begini adalah untuk mentarbiah janin kami sering mendengar ayat-ayat Al-Quran dan perkara-perkara yang berfaedah.
  2. Saya dan isteri sering berdoa kepada Allah swt selepas solat dan waktu-waktu tertentu, supaya anak yang akan dilahirkan nanti menjadi anak yang soleh dan solehah, berilmu, beriman, bertakwa dan berakhlak mulia.
  3. Saya dan isteri sering solat berjamaah bersama untuk mewujudkan suasana berjamaah dalam rumah tangga. Ini adalah untuk memperolehi pahala berjamaah dan untuk mewujudkan suasana agama dalam rumahtangga kami, secara tidak langsung dapat mentarbiah janin secara agama.
  4. Elakkan dari rezeki yang haram. dapatkanlah rezeki daripada sumber yang halal, agar benih yang akan dilahirkan nanti adalah daripada darah daging yang halal.
  5. Sentiasa membekalkan isteri dengan makanan yang berzat, proten, bersih dan makanan yang berkhasiat, kerana makanan yang baik sedikit sebanyak dapat membentuk janin atau kandungan dengan baik dan sempurna.
  6. Sering menitik beratkan soal kebersihan, kerana ia menjamin kesihatan janin. Islam menitik beratkan faktor kesihatan, kerana kebersihan itu separuh daripada iman.
  7. Sebagai suami perlu dan wajib memahami isteri dan sentiasa bersama isteri ketika mengandung. Suami juga perlu memberikan dorongan, kekuatan dan motivasi untuk isterinya menempuh segala dugaan dan kesulitan yang dialami semasa mengandung. Elakkan isteri kecewa dengan suami, kerana apabila isteri kecewa kadungannya akan bercampur dengan air najis atau toksik dan akan dimakan oleh janinnya. Sebab itulah kita susah untuk membentuk peribadi anak.
  8. Saya bekalkan isteri dengan kurma, kismis, kacang badam dan madu asli. Ini sedikit sebanyak dapat membantu membentuk otak janin. Makanan sunnah sangat baik untuk diamalkan dan sangat baik untuk kandungan. Saya juga sering bekalkan isteri saya dengan air 30 juzuk produk Tok Guru (bukan kempen produk), air Yassin dengan harapan atau tawakal supaya anak dibentuk dengan makanan dan air yang baik dan air-air yang dibaca ayat Al-Quran.
Seperti biasa, kalau kawan-kawan semua ada pandangan atau perkongsian bolehlah melalui ruangan komen yang disediakan. Setiap perkongsian sangat bermakna untuk saya dan semua dalam rangka untuk mencari redho ilahi.

Wednesday, November 10, 2010

Terapi lubang hidung


02 Zulhijjah 1431 H
Oleh : roslan mohd

Kita memiliki hidung berlubang di sebelah kiri dan di sebelah kanan. Apakah fungsinya sama untuk menarik dan membuang nafas? Sebenarnya fungsinya tidak sama dan dapat kita rasakan bezanya, sebelah kanan mewakili matahari (mengeluarkan panas) dan sebelah kiri mewakili bulan (mengeluarkan dingin).

Jika sakit kepala, cubalah menutup lubang hidung sebelah kanan dan bernafaslah melalui hidung sebelah kiri dan lakukan kira-kira 5 menit, sakit kepala akan sembuh.

Jika anda merasa penat, tutuplah lubang hidung sebelah kiri dan bernafaslah melalui hidung sebelah kanan. Lakukan bergili-gilir. Tak lama kemudian, anda akan merasakan segar kembali. Sebab lubang hidung sebelah kanan mengeluarkan panas, sehingga paling panas, lubang hidung sebelah kiri mengeluarkan dingin.

Perempuan bernafas lebih dengan hidung sebelah kiri, sehingga hatinya mudah sekali dingin. Laki-laki bernafas lebih dengan hidung sebelah kanan, sehingga mudah sekali marah.

Apakah anda pernah memperhatikan pada saat bangun, lubang hidung sebelah mana yang bernafas lebih cepat? Sebelah kiri atau kanan? Jika lubang hidung sebelah kiri bernafas lebih cepat, anda akan merasa sangat lelah.

Tutuplah lubang hidung sebelah kiri dan gunakan lubang hidung sebelah kanan untuk bernafas, anda akan merasa segar kembali dengan cepat.

Cara tersebut boleh diajarkan kepada anak-anak, tetapi efeknya akan lebih sesuai kepada orang dewasa.

Kelantan taja 100 pasangan kahwin


03 Zulhijjah 1431 H
Oleh : Mohd Nor Yahya

KOTA BHARU, 9 Nov: Kelantan sekali lagi mencetus idea baru apabila menaja 100 pasangan yang akan melangsungkan perkahwinan sempena program Kahwin Perdana 2010, 25 Disember ini.Program itu akan diadakan di Dewan Besar Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan (Putik).

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan, Wan Ubaidah Omar berkata, kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM100,000 bagi membantu belia-beliawanis kurang berkemampuan mendirikan rumahtangga.

”Selain itu kerajaan memperuntukkan sebanyak RM100,000 lagi untuk majlis kenduri selepas majlis akad nikah diadakan,” katanya pada persidangan media di sini hari ini.

Wan Ubaidah berkata, program itu diharap dapat memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kebaikan dan ganjaran bagi mempercepatkan perkahwinan.

Oleh itu beliau berharap program Kahwin Perdana akan menjadi dorongan kepada muda-mudi yang ingin berkahwin tetapi kurang berkemampuan.

Mereka yang berminat boleh hubungi Urusetia Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan di talian 09 7476568 atau 013-9846913 atau 013 – 6946911 dan tarikh tutup 15 November ini.

Harakahdaily/-

Tuesday, November 9, 2010

15 Anugerah Allah pada Wanita


02 Zulhijjah 1431 H
Oleh : Mohd Yusof Hadhari Bin Saidon

Pada suatu ketika di Madinah, Rasulullah s.a.w. Keluar mengiringi jenazah. Baginda dapati beberapa orang wanita dalam majlis tersebut. Lalu Baginda bertanya, “Adakah kamu menyembahyangkan mayat?

” Jawab mereka,”Tidak” Sabda Baginda “Seeloknya kamu sekalian tidak perlu ziarah Dan tidak Ada pahala bagi kamu. Tetapi tinggallah di rumah Dan berkhidmatlah kepada suami nescaya pahalanya sama dengan ibadat kaum orang lelaki.

2. Wanita yang memerah susu binatang dengan ‘Bismillah’ akan didoakan oleh binatang itu dengan DOA keberkatan.

3. Wanita yang menguli tepung gandum dengan ‘Bismillah’, Allah akan berkatkan rezekinya.

4. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti menyapu lantai di Baitullah ( Kaabah).

5. “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan membinakan 7 parit di antara dirinya dengan api neraka, jarak di antara parit itu ialah sejauh langit Dan bumi.”

6. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah akan mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utas benang yang dibuat Dan memadamkan seratus perbuatan jahat.”

7. “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam akan benang dibuatnya, Allah telah menentukan satu tempat khas untuknya di atas tahta di Hari akhirat.”

8. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang Dan kemudian dibuat pakaian untuk anak-anaknya maka Allah akan mencatit baginya ganjaran sama seperti orang yang memberi makan kepada 1000 orang lapar Dan memberi pakaian kepada 1000 orang yang tidak berpakaian.”

9. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya, menyikatnya, mencuci pakaian mereka Dan mencuci akan diri anaknya itu, Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut mereka Dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat Dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di Mata orang-orang yang memerhatikannya.”

10. Sabda Nabi s.a.w. : ” Ya Fatimah setiap wanita meminyakkan rambut Dan janggut suaminya, memotong misai Dan mengerat kukunya, Allah akan memberi minum kepadanya dari sungai-sungai serta diringankan Allah baginya sakaratul maut Dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman daripada taman-taman syurga Dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka Dan selamatlah IA melintas Titian Shiratul Mustaqim.”

11. Jika suami mengajarkan atau menerangkan kepada isterinya satu masalah agama atau dunia dia akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

12. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar Dan berjuang ke jalan Allah Dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat Dan bidadari Dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga Dan menunggu kedatangan suaminya dengan menunggang kuda yang diperbuat daripada permata yakut.

13. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah. Dunia ini adalah perhiasan Dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah.

14. Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya, cepat pula kehamilannya Dan ringan pula maharnya (mas kahwin).

15. Sebaik-baik wanita ialah wanita (isteri) yang apabila engkau memandang kepadanya IA menggembirakan kamu, jika engkau memerintahnya IA mentaati perintah tersebut Dan jika engkau bermusafir dia menjaga harta engkau Dan dirinya. Maksud hadis: Dunia yang paling aku sukai ialah wanita solehah.
 
 

Saturday, November 6, 2010

Larangan Bagi Lelaki & Wanita Berkaitan Tempat Mandi Umum




Diriwayatkan dari Jabir Radhiyallahu ‘anh, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
Maksudnya: Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka janganlah ia masuk ke tempat mandi tanpa mengenakan sarung penutup aurat. Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, janganlah ia membawa masuk isterinya ke tempat mandi umum. Dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, janganlah ia duduk di meja hidangan yang disuguhnya khamr di atasnya. [Hadits hasan, riwayat at-Tirmidzi (2801) dari jalur Laits bin Abi Sulaim, dari Thawus, dari Jabir r.a.]
Di dalam hadith di atas, Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam melarang lelaki mendedahkan aurat ketika mandi di tempat umum.  Walaupun ia satu pengetahuan yang umum diketahui oleh seorang muslim, namun masih ramai yang melanggarnya.  Sangat menyedihkan.
Turut juga disentuh di dalam hadith itu ialah larangan bagi wanita untuk tidak memasuki tempat mandi umum kerana walaupun mungkin wanita tidak mandi di sana, tetapi kelibat lelaki yang bermandi-manda di sana boleh dilihat.  Hal ini saya rasa ramai terlupa, termasuklah diri saya.  Ya mungkin kita yang lelaki muslim ini menutup aurat ketika memandi-manda di kolam renang, sungai atau pantai, tetapi rupa-rupanya ada larangan untuk wanita muslimah dari masuk ke tempat sebegitu.  
Memang selama ini saya tidak pernah mengizinkan isteri saya mandi-manda di kolam renang, sungai ataupun pantai kerana di sana boleh mewujudkan banyak fitnah agama.  Walau bertudung labuh dan litup, saya takkan mengizinkannya dan isteri saya malah menyetujuinya, alhamdulillah. 
Kehormatan isteri dan saudara-saudara perempuan kita bisa rosak akibat mata manusia yang melihatnya.  Sifat cemburu si lelaki Muslim mesti berfungsi dalam memelihara kehormatan isterinya dan saudara-saudara perempuannya.  Jika sifat cemburu ini sudah tidak ada, maka apalagi istilah yang wajar dilontarkan ke muka lelaki itu, melainkan dayus.
Menyentuh soal larangan terhadap wanita dari memasuki tempat mandi umum, saya terbayangkan kolam renang, sungai, pantai dan ‘water world’ yang pernah saya lawati bersama keluarga.  Astaghfirullah, memang dahsyat suasana di sana.  Usah disebut tentang wanita yang tidak menutup aurat atau yang berpakaian seksi atau nipis.  Kaum lelakinya juga ada yang tidak memakai baju dan berseluar dalam sahaja.  Astaghfirullah…!  Insaf!  Insaf!
Saya teringat akan hadith yang mana Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam menyuruh Aishah radhiAllahu ‘anha duduk di sebalik tabir walaupun yang bercakap dengan Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam ketika itu adalah seorang yang buta.  Apabila ditanya kenapa disuruh buat begitu, maka Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam menjawab, “Sungguhpun dia tidak nampak engkau kerana dia buta, tetapi engkau dapat melihatnya”.  Lihatlah, betapa ISLAM jaga sungguh hal ini.  Malangnya kita pada zaman mutakhir ini memandangnya sebagai hal yang remeh.
Beberapa dalil berikut membicarakan hal yang sama:
Diriwayatkan dari Abu Ayyub al-Anshari r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda: 
Maksudnya: “Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah ia memuliakan tamunya. Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, janganlah ia masuk ke tempat pemandian (umum) tanpa sarung penutup aurat. Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah ia mengucapkan perkataan yang baik atau diam. Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat dari kalangan isteri-isteri kalian, maka janganlah ia masuk ke tempat mandi (umum).”
Ia berkata: “Aku mengangkat hadits ini kepada ‘Umar bin ‘Abdul ‘Aziz pada masa kekhalifahannya. Maka beliau mengeluarkan perintah kepada Abu Bakar bin Muhammad bin ‘Amr bin Hazm agar menanyakannya kepada Muhammad bin Tsabit tentang hadits ini, kerana ia termasuk orang yang dipercayainya. Lalu ia pun bertanya kepada Muhammad bin Tsabit. Kemudiannya ia menulis surat kepada Umar tentang kebenaran hadits tersebut. Maka Umar pun melarang kaum wanita masuk ke tempat mandi (umum). [Hadits sahih, riwayat Ibnu Hibban (5597)]
Diriwayatkan dari ‘Abdullah bin ‘Abbas r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda:
 ”Jauhilah tempat yang disebut hammaam (tempat mandi umum)!”
Mereka berkata: “Wahai Rasulullah, di tempat pemandian itu, kotoran bisa hilang dan penyakit bisa sembuh.” Rasulullah s.a.w. berkata: “Barangsiapa memasukinya, hendaklah menutup auratnya.” [Hadits hasan, riwayat at-Thabrani, al-Hakim, al-Bazzar]
Diriwayatkan dari Ummud Darda’ r.a., ia berkata: Suatu ketika aku keluar dari tempat pemandian, tanpa sengaja aku bertemu dengan Rasulullah s.a.w.. Baginda bertanya:
‘Dari mana engkau wahai Ummud Darda’?’ ‘Dari tempat mandi.’ Jawabku. 
Lalu baginda berkata:
‘Demi Allah yang jiwaku berada di tangan-Nya, siapa saja dari kalangan wanita yang membuka pakaiannya di (tempat) selain rumah ibunya melainkan ia telah merobek tirai antara dirinya dengan ar-Rahmaan.’” [Hadits shahih, riwayat Ahmad (VI/361 dan 362), ad-Dulabi dalam al-Kuna wal Asmaa']
Hadith tentang kisah Ummu Darda’ ini dapat dipelajari darinya tentang sifat berhati-hati yang mesti ada pada wanita tatkala ingin menyalin pakaian.  Dengan teknologi canggih hari ini, kerisauan Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam ini semakin berganda menggunung sepatutnya dirasai oleh muslimin dan muslimat.  Bila-bila sahaja wanita boleh dieksploitasi dengan adanya telefon bimbit berkamera, cctv dan lain-lain peranti yang disalahgunakan oleh manusia-manusia yang jahat dan kotor hatinya.
Justeru, para wanita janganlah dengan sewenang-wenangnya menyalin pakaian mereka di tempat yang bukan mereka kenali seperti di tandas, di tempat menyalin pakaian, di hotel atau di mana-mana pun.  Kerana sifat itu bakal merobek tirai dirinya dengan Tuhan.
Kesimpulan yang saya dapat buat hasil dari mengambil manfaat dari beberapa hadith di atas berkenaan tajuk ini ialah:
  1. Lelaki mesti tutup aurat tatkala mandi di tempat umum.
  2. Wanita mesti tutup aurat tatkala mandi di tempat mandi yang dikhaskan untuk wanita.
  3. Melihat kepada suasana tempat mandi umum itu, wanita hendaklah mengelak dari memasukinya bagi menjaga kesucian Iman dan pandangan.
  4. Lelaki hendaklah peka dengan maruah dan kehormatan isteri, anak-anak perempuan dan saudara-saudara perempuan mereka dan melindungi mereka.
  5. Wanita hendaklah memelihara sungguh-sungguh sifat malu dan mesti sentiasa berhati-hati di dalam setiap perbuatan, khususnya yang melibatkan aurat dan maruah mereka, contohnya ketika menukar pakaian.  
Mudah-mudahan catitan ini bisa memberi manfaat buat diri saya dan anda semua dalam kita menempuh kehidupan ini untuk menjadi muslim yang lebih baik da yang lebih tepat dengan ajaran agama, amin.

(Hadith-hadith yang di’italic’kan di atas saya petik dari nota FB yang dikirimkan oleh Nurul Izzati Ishak.  Disalin dari “Ensiklopedi Larangan” jilid 1 Bab Ghusl (Mandi), di bawah tajuk “Haram Hukumnya Laki-laki Memasuki Tempat Pemandian Umum Tanpa Sarung Penutup Aurat dan Haram Hukumnya Wanita Memasuki Tempat Pemandian Umum Meskipun Memakai Sarung Penutup Aurat”, halaman 315.  Terima kasih buat beliau.)

Tuesday, November 2, 2010

JANGAN TAKUT KAHWIN AWAL | Indahnya Hidup Bersyariat |


Saya berusia 21 tahun, dan sudah berkahwin. Masih muda bukan? Suami saya berusia 23 tahun. Juga masih muda. Kami berdua masih belajar. Jadi, Mengapa berkahwin? Kalau ikut kata mak ayah, “Nak bagi bini makan apa? Pasir?”

Perjalanan cinta saya tidak mudah. Sebelum berkahwin, saya pernah teruk dikecewakan bekas kekasih. Dia minta masa 3 tahun dari tarikh kami “declare”, untuk bersedia untuk berkahwin. Hampir 3 tahun, saya ditinggalkan untuk perempuan lain. Kecewa? Sudah tentu. Jujur, saya hampir bunuh diri. Saya mengalami depression di maa saya disconnect dengan dunia luar.

Tapi selepas itu baru saya sedar kehadiran suami saya yang sudah 4 tahun menunggu peluang. Pada mulanya, saya ingat sekadar “cinta rebound”, tapi selepas 2 bulan berkenalan dan bercintan, suami saya melamar untuk berkahwin. Pada mulanya, saya ingat satu gurauan. Akhirnya si dia berani call ayah saya, dan minta izin untuk berkahwin, kerana takut kehilangan saya lagi.

Ayah saya pun dahulu berkahwin ketika belajar, tahun 1 peringkat ijazah. Suami saya pelajar perubatan tahun 3, dan saya Cuma tinggal 2 bulan untuk mengakhiri pengajian. Ayah saya bersetuju, dan memandangkan saya sudah kecewa, takut juga pisang berbuah dua kali. Akhirnya, kami berkahwin. Dengan mahar RM200, sebentuk cincin emas, tiada hantaran, tiada majlis, kami bernikah.

Simple bukan? Kenapa perlu pening??? Kalau anda lelaki, anda mesti ingin berikan segala yang terbaik untuk bakal isteri anda. Dan, kalau anda perempuan seperti saya, semestinya inginkan hantaran yang tinggi (lulusan ijazah sekarang, rate hantaran RM10K ke atas). Perlu tidak?

Maaf perempuan, kalau terasa. Saya bukan jual diri, saya tidak perlukan hantaran RM10-20K. Saya tidak letak harga untuk nilai diri sendiri dan harga cinta saya. Ini masalah kalau kita kahwin cara Melayu, dah bukan cara Islam. Saya perempuan lulusan ijazah, saya ada tulang 4 kerat, dan saya boleh berusaha, kenapa perlu mengharap dengan lelaki? Suami bukan untuk dibebani, tapi untuk Disenangi. Isteri bukan untuk dibeli, tapi untuk dikasihi.

Kos kahwin sekarang paling rendah pun RM20K serba satu. Hantaran, majlis, belum baju, pelamin. Tapi cuba fikir, perlu tidak? Baju raya kan masih ada, cantik lagi. Kasut raya pun masih baru. Kenapa perlu buat majlis di hotel, dewan orang ramai kan ada? Kalau rasa sangat mahal untuk katering, boleh upah orang masak, tinggal sediakan bahan dan peralatan. Bersanding tak perlu, buat penat badan duduk macam tunggul depan orang.

“Seganlah. Nanti orang kata apa.” .. “Isk, buat malu belajar tinggi-tinggi, tak dapat hantaran”. Hai, ni mentaliti Barat. Bagi yang beragama Islam, ingat rukun nikah. Tanggungjawab selepas kahwin yang penting. Lebih baik duit sewa pelamin jadi duit persiapan untuk anak pertama. Prioritikan penggunaan duit anda. Kos bersalin bukan murah. Kalau di hospital kerajaan, paling kurang perlu ada RM400-500. Tapi di hospital swasta, minimum RM2000. Kos ada anak sangat tinggi sekarang.

Pernah cuba lihat harga setin susu bayi di pasar? Harga lampin pakai buang? Dan sekarang, anda masih terfikir pelamin itu penting? Ini tak kira duit nak beli kenderaan, beli rumah. Pening!! Jadi jangan bebankan diri anda dengan majlis perkahwinan yang membazir dan tidak perlu.

Saya bahagia sekarang. Boleh keluar dengan suami tanpa rasa takut dan malu, disentuh lelaki bukan mahram. Dan suami saya tidak perlu takut saya diambil lelaki lain seperti dulu. Apa semua yang pasangan bercinta lakukan, kini kami lakukan dengan halal. Dan kami boleh lakukan lebih dari itu, dengan halal. Tidak perlu risau. Kami aman dan bahagia. Saya dan suami masih bercinta. Masih belajar mengenal sesama sendiri. Dan percayalah, tak guna bercinta lama-lama.

Seganlah keluar dengan pasangan yang tidak halal untuk anda. Saya dan suami, masih seperti pasangan yang baru bercinta. Saya mampu tanggung hidup sendiri, kerja dan cari duit sendiri. Buat apa menyusahkan suami? Dan suami berusaha belajar bersungguh-sungguh (bagi pelajar perubatan, anda faham maksud saya),untuk mendapat keputusan yang cemerlang. Saya tahu ego lelaki tercabar, tetapi saya jujur cintakan suami saya. Saya tak ingin jadi beban, cukup asal dia berasa senang dengan saya.

Tidak perlu nafkah yang besar, semampu yang ada saya terima. Bakal-bakal isteri sekalian, bersyukurlah dengan suami anda. Dan bakal-bakal suami sekalian, hargai isteri kamu. Terima kekurangan dan kelemahan pasangan anda. Persamaan membina keserasian, perbezaan itu melengkapkan.

Rezeki Tuhan ada di mana-mana. Jangan putus asa. Berkahwinlah! Semoga anda semua merasa tenang dan bahagia.
"Dan antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya bahawa Dia menciptkan untuk kamu (wahai kaum lelaki) isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri, supaya kamu BERSENANG HATI dan hidup MESRA dengannya, dan dijadikan di antara kamu (suami isteri) perasaan KASIH SAYANG dan BELAS KASIHAN." (Surah Ar-Rum, 21)
Sumber : iLuvislam

Ciri-ciri bidadari syurga dalam al-Quran


Sifat-sifat bidadari syurga (Hurun Ain) dalam al-Quranul Karim adalah seperti berikut:

Pertama: Qasrut Torfi.
Ada tiga ayat yang mana tuhan menjelaskan kepada kita bahwa bidadari syurga bersifat begini. Diantaranya:
“Di sisi mereka ada bidadari-bidadari yang tidak liar pandangannya dan jelita matanya.”
48 : as-Saffat
Imam Tobari berkata:
Ayat ini menjelaskan bagaimana sifat yang agung bidadari syurga iaitu hanya memandang kepada pasangan mereka tidak seperti wanita dunia yang memandang ke sana sini.
Imam Fakhurrazi berkata:
Ini menunjukkan bahwa betapa malunya bidadari syurga kerana “at-Torfu” adalah gerakan kelopak mata (eyelid). Bidadari tidak menggerakkan kelopaknya dan tidak mengangkat kepalanya untuk lelaki bukan suaminya.”

Wanita muslimah sepatutnya mencontohi wanita syurga yang mana segala kemesraan, pandangan manja, layanan dan sebagainya hanya untuk suami.


Kedua: “ Atrab” Umur yang sama diantara mereka.
Firman Allah swt:
“Dan pada sisi mereka (ada bidadari-bidadari) yang tidak liar pandangannya dan sebaya umurnya.”
52 : surah Sod

Atrab adalah plural bagi turb iaitu sebaya atau sama umur. Mereka berumur 33 tahun seperti disebut dalam hadis riwayat imam Ahmad dengan sanad yang baik.


Ketiga: Baik akhlak dan cantik paras rupa.
Firman Allah swt:
"Di dalam syurga itu ada bidadari-bidadari yang baik-baik lagi cantik-cantik."
70: surah ar-rahman

Ulama berkata bidadari memiliki akhlak yang baik dan rupa paras yang cantik.


Keempat:"kawa'ib" Buah dada yang tegang (tense).
Firman Allah swt:
“Dan ahli syurga mendapat gadis-gadis yang memiliki buah dada yang tegang dan sebaya umur mereka.”
33 (an-Naba)


Kelima: Anak dara.
Firman Allah swt:
“Dan kami jadikan mereka (bidadari-bidadari) yang perawan.”
36 : Surah al-Waqiah

Berkara pengarang tafsir Maalimut Tanzil:
“Setiap kali mereka dijimak oleh suami-suami bidadari, mereka akan dapati bidadari tersebut ada dara .”


Keenam: Bagus layanan dan kasih sayangnya kepada pasangannya.
Firman Allah swt:
“Bidadari-bidadari yang bagus layanan dan kasih sayangnya serta sebaya umur mereka.”
37 : Al-Waqiah

Mujahid, Hasan dan Qatadah (Ulama tafsir) berkata:
Urub adalah wanita-wanita pecinta yang asyik kepada suami-suami mereka dan menyintai mereka sepenuh hati, melayani suami mereka dengan manja, baik serta pertuturan.


Ketujuh: Tubuh mereka bersih
Firman Allah swt:
"...Mereka diberi buah-buahan yang serupa dan untuk mereka di dalamnya ada isteri-isteri yang suci dan mereka kekal di dalamnya ."
25 : al-Baqarah

Imam at-Tabari berkata:
“ Kesucian bidadari adalah kesucian yang mutlak yang mana termasuklah suci dari semua perkara yang tidak disukai yang ada pada wanita dunia seperti haid,nifas, kencing, berak, ludah,kahak, mazi, mani dan perkara yang seumpama dengannya yang dianggap kotor, jijik, najis.”

Nabi saw bersabda:
“ Peluh-peluh ahli syurga adalah haruman kasturi.”
Hadis sahih Bukhari dan Muslim


Kesimpulan:
Para lelaki hendaklah beramal sebaiknya untuk mendapatkan bidadari syurga dan wanita pula beramal sebaiknya untuk menjadi ketua bidadari kepada pasangannya.


MUNAJAT
Ya Allah sesungguhnya daku tidak layak untuk mendapat bidadari syurgamu lantaran dosa2 ku
Tetapi kemaafan mu lebih luas dari dosa2 ku, ampunkanlah dosa2 ku , berilah ku hidayah menuju Redamu,
Andai ku tersasar sedarkanlah daku, janganlah kau uji diriku apa yang aku tidak mampuHadapinya,
anugerahkanlah ku seorang wanita yang akan menjadi isteriku di dunia dan bidadariku di syurga.
Aku bersyukur kerna kau memberi ruang dan masa untuk mengecap kemanisan inabah(kembali) pd mu.
Rujukan: Sifatul Jannah Fil Quranul Karim oleh Abdul Halim Muhammad