Friday, October 28, 2011

kenapa Malas!!


Adakah anda merasa malas? Jika benar, cepat-cepatlah berusaha melawan sikap malas. Malas ialah attitude yang negatif wajib dihindari oleh semua orang Islam. Sesetengah kita mungkin tidak dapat melepaskan diri dari sikap ini. Ada yang diuji dengan tahap malas yang keterlaluan, ada yang diuji dengan tahap malas yang sedikit. Apa pun bentuk malas yang ada, hakikatnya malas bukan satu ajaran Islam. Malas menurut al-Quran adalah attitude orang munafiqin. Firman Allah Taala [al-Nisa’ : 140] :



 Maksudnya : Sesungguhnya orang-orang munafik itu melakukan tipu daya (terhadap ugama) Allah (dengan perbuatan pura-pura beriman sedang mereka kafir pada batinnya), dan Allah pula tetap membalas tipu daya mereka (dengan membiarkan mereka dalam keadaan munafik). mereka pula apabila berdiri hendak sembahyang, mereka berdiri dengan malas. mereka (hanya bertujuan) riak (memperlihatkan sembahyangnya) kepada manusia (supaya disangka bahawa mereka orang yang beriman), dan mereka pula tidak mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang) melainkan sedikit sekali (jarang-jarang).Ibn Kathir menafsirkan ayat di atas : “Ini adalah sifat orang munafikin dalam amalan paling baik dan paling mulia iaitu solat. 




Apabila mereka hendak solat, mereka solat dengan malas kerana mereka tiada niat, tidak beriman dengannya, tidak takut (khashyah) dan tidak memahami maksud solat”.Oleh itu, jika anda ada sikap malas, cepat-cepat buangkannya kerana ia sifat orang munafik. Orang yang munafik ialah orang yang cuba menipu Allah Taala. Tetapi, bagaimanakah cara hendak buangkan sikap malas? Saya cuba bawakan beberapa kaedah menghilangkan rasa malas menurut al-Quran dan al-Sunnah.Pertama : Doa dan perbanyakkan doaGunalah senjata utama orang mukmin iaitu doa. 

Tokoh terkenal, Ibn Qayyim dalam karya beliau al-jawab al-kafi li man sa’ala an al-dawa’ al-shafi, menjelaskan ubat pertama dan kedua untuk mengubati jiwa mukmin ialah berdoa dan bersungguh-sungguh dalam doa.Doa ialan ubat paling mujarab dan bermanfaat untuk mengubati semua bentuk ujian dan penyakit. 


Antara doa yang diajar oleh baginda s.a.w ialah :


اللهم إني أعوذ بك من الهرم والحزن، والعجز والكسل، والبخل والجبن، وغلبة الدين، وقهر الرجال


Maksudnya : “Ya Allah, aku berlindung denganMu dari penyakit tua dan kesedihan, dari lemah dan malas, dari bakhil dan penakut, dan kalah dengan hutang dan kekuatan lelaki”. [al-Bukhari]Antara doa Nabi juga :


اللهم إني أسألك الثبات في الأمر، والعزيمة على الرشد


Maksudnya : “Ya Allah, aku memohon dariMu ketetapan dalam urusan kerja dan keazaman atas hidayat”.Semuanya menunjukkan bahawa doa yang dapat menghalang sikap malas seseorang. Kalaulah Nabi boleh berdoa sebegini, inikan pula kita umatnya. Wajiblah kita mencontohi Rasulullah s.a.w. dalam semua sunnahnya.Kedua : Lawanlah syaitan dan nafsuMalas sebenarnya berpunca dari syaitan. Syaitan melatih nafsu manusia agar menjadi malas sama ada malas beribadat atau malas menunaikan tanggungjawab dan amanah yang dipikul.


Tidakkah kita pernah mendengar hadis Nabi s.a.w. :


يعقد الشيطان على قافية رأس أحدكم إذا هو نام ثلاث عقد يضرب مكان كل عقدة عليك ليل طويل فارقد فإن استيقظ فذكر الله انحلت عقدة فإن توضأ انحلت عقدة فإن صلى انحلت عقدة فأصبح نشيطا طيب النفس وإلا أصبح خبيث النفس كسلان


Maksudnya : “Syaitan mengikat atas belakang kepala seseorang kamu ketika ia tidur sebanyak tiga ikatan. Sambil syaitan berkata pada setiap ikatan, ‘malam masih panjang maka tidurlah’. Apabila seseorang kamu terjaga dari tidur, lalu menyebut nama Allah nescaya akan terlerai satu ikatan. Jika ia mengambil wuduk nescaya terlerai satu ikatan lagi dan sekiranya ia solat nescaya terlerailah semua ikatan. Maka ia bangun waktu pagi dalam keadaan rajin cergas serta baik hatinya. Jika ia tidak (melakukan begitu), nescaya ia bangun pagi dalam keadaan buruk jiwanya sambil rasa malas”.Hadis ini menunjukkan bagaimana kita perlu mencegah malas dengan cara yang diajar oleh Nabi s.a.w. 



Malas itu puncanya datang dari syaitan. Sememangnya syaitan sentiasa mencuba untuk menipu daya dan menyebabkan manusia lalai dari perintah Allah Taala.Ketiga : Carilah ilmu Saya akhiri tulisan kali ini, dengan kaedah ketiga untuk menghapuskan sikap malas. Iaitu timbalah ilmu sebanyak mungkin. Dengan ilmulah seseorang itu menjadi orang yang rajin dan cergas dalam hidupnya. Sebagai contoh, ilmu tentang fadilat dan kelebihan ibadat, menyebabkan seseorang rajin beribadat dengan syarat adanya keyakinan yang kuat tentang apa yang dipelajari. Oleh itu, orang yang mempunyai ilmu berkenaan fadilat solat jemaah, sangat rajin mengerjakan solat jemaah. Orang yang mempunyai ilmu tentang kelebihan dan fadilat solat Duha, akan menjadi rajin dan cergas untuk melaksanakannya.Sebab itu, Rasulullah s.a.w. bersabda :


أثقل الصلاة على المنافقين صلاة العشاء وصلاة الفجر، ولو يعلمون ما فيهما لأتوهما ولو حبو


اًMaksudnya : “Solat paling berat bagi orang munafiqin ialah solat isyak dan subuh. 


Sekiranya mereka mengetahui apakah (ganjaran) yang ada pada kedua-duanya, nescaya mereka akan datang bersolat walaupun dalam keadaan merangkak”.Lihat kepada kata-kata Nabi : “Sekiranya mereka mengetahui apakah ganjaran”, menunjukkan pentingnya ilmu tentang kelebihan dan fadilat sesuatu ibabdat, kerana ia membantu anda menjadi rajin dan cergas dalam melakukannya.Akhirnya, marilah sama-sama kita bermuhasabah diri sendiri adakah kita masih malas? Sekiranya masih bergelumang dengan malas, ayuhlah kita hilangkan sikap malas yang ada pada diri kita. Janganlah menjadi pengikut syaitan dan nafsu, tetapi jadilah pengikut iman dan akal. 


Sumber : http://albaruhiyy.wordpress.com/2010/01/25/ubat-kepada-malas-menurut-isla

Thursday, October 13, 2011

Betul!! aku x tipu kawin ni mmg best...

Perkawinan dari pandangan Islam merupakan sistem peraturan dari Allah SWT yang mengandungi anugerah yang besar dan hikmah yang agung. Melalui perkawinan ini ia dapat diselaraskan hubungan lelaki dan wanita (yang secara fitrahnya saling tertarik) dengan aturan yang khusus. Dari hasil pertemuan ini juga akan berkembang jenis keturunan sebagai salah satu tujuan dari perkawinan tersebut. Dan dari perkawinan itu pulalah terbentuk keluarga yang mengandungi peraturan hidup khusus dan sempurna.

Islam telah memerintahkan dan menyeru untuk melakukan pernikahan. Bukti ini dapat dijelaskan dgn banyak firman Allah SWT dan sabda Rasulullah SAW dan tidak lupa dgn kata-kata para sahabat r.a. serta para alim ulama' akan perihal galakan untuk berkahwin. (cari kat google dalilnya)

Betul!! aku x tipu kawin ni mmg best...

Selepas aku berkahwin ni ramai kenalan2 yg bertanya best x kawin, aku x pasti apa maksud sebenar yg ingin di soalkan, husnu zhon je la.. tapi kalau tanya dari segi kehidupan semasa majlis dan selepas kawin serius aku katakan memang best!! kalau masa majlis tu mmg best yela masa tu kita jadi tumpuan senang kata kalau kita xda dlm majlis tu majlis tu x menjadi, sapa x suka kalau ada orang raikan kita dgn penuh hormat dan gurau senda.. (fitrah manusia suka glamour).

Kalau tanya bab kehidupan selepas kawin plak aku katakan mmg best jugak la, dari segala aspek samada pengurusan dalam rumah, rohani, mental dan x lupa pada jasmani.. yang aku sentuh pasal pengurusan dalam rumah tagga tu bkn bermakna aku dok relax je ada org yg buat semua utk aku, x mithali la beb.. x bermakna selepas dh kawin semua keje dapur bg die buat segalanya.. maksud yg aku nak katakan camni, fitrah perempuan dgn keje yg ringan n teliti, fitrah bani adam lak yg agak berat2 n sulit skit, mcm repair lampu ke, angkat air tong la gas la (maaf yg angkat tong air ni utk kehidupan di Jordan je ye), beli barang kat pekan la (yg ni pn di Jordan gk sbb keselamatan Maliziyyah) dan pelbagai lg la terutama yg berkaitan urusan ngn laki arab.. tu la maksud yg aku nk habaq ni, ala kesimpulannya laki ni wt keje luar n kasar, yg pmpn lak keje dalam n ringan serta x merbahaya.. kan kemas tu..

Betul!! aku x tipu kawin ni mmg best...

Sapa kata kawin masa belajar ni bertmbah beban? Cuba kome analisis, kalau semua benda tu kita buat sorang2 disamping status sbg pelajar (bertuah la kalau ada sahabat sejantina yg sudi bahagikan tugasan kehidupan manusiawiy kita ni).. sebenarnya kawin msa blajar la paling best.,, yela msa ngn die lebh byk, blh jalan2 masa cuti, blh stdy sma2 n yg paling pentig celik je mata seblm g sekolah dh ada sarapan mcm kecik2 dlu hihi.. hemm tu la jadi suami nih, selalu je jd tong sampah, nak buang makanan bazir pulak..

Betul!! aku x tipu kawin ni mmg best...

bagi pandangan aku, manusia ni xda laki n xda pmpn sbb ia adalah satu makhluk yang satu cuma dijelmakan sifat yg xda dlm diri kita ni, buktinya jelas diciptakan Hawa dari satu tubuh manusia yg sekarag ni dinamakan lelaki, jadi x hairan la kalau manusia ni saling memerlukan antara sama lain dan tidak rasa keberatan untuk melakukan pekerjaan yang sesuai dgn naluri.. oleh yg demikian org yg mengatakan takut nak kawin dan org yg xnk kawin tu la sbnarnya x melaksanakan tanggugjawabnya sbagai insan kerana ingin melawan fitrah dan x sangup memikul amanah sbagai khalifah di bumi ini.

Betul!! aku x tipu kawin ni mmg best...

Menyentuh cinta dan kawin kerana Allah ini apa yang anda faham? apa yg aku faham ialah kita berkahwin ni sebab Allah yg suruh dan Nabi s.a.w. pn berbangga dgn ramainya anak melalui pernikahan, Allah juga menyuruh kita menjaga pandangan dan meltakkan naluri manusia pada tempatnya, jadi atas dasar ini jugalah aku memilih untuk bernikah kerana Allah iaitu kerana takut Allah marah selain menjauhkan segala kemaksiatan. Kemaksiatan pulak tidaklah hanya bermakna buat maksiat pada manusia saja bahkan maksiat pada Allah iaitu kelalaian dalam ibadah (maksiat dalam bahasa arab bermakna melakukan perkara yg mendatangkan dosa tapi dalam kamus melayu maksiat itu ialah pencegah maksiat).. jadi apa yg aku nak maksudkan ni ialah maklum lah bila menuntut ilmu Islamiy ni bukan syaitan pangkat rendah tapi pangkat inspektor keatas, jadi bnyaklah dugaan dalam kita menuntut ilmu Islamiy ni dgn kelalaian solat dan selainnya (terutama subuh) maknanya ada lah orang yg kejutkan kita dgn kasih sayang agar solat lebih awal (laki dgn keegoaannya cnfm2 terus bangun)..

Antara faktor lainnya juga aku berasa sunyi sangat walaupun aku dikelilingi kawan2 yg lawak tahap gaban, oleh itu aku memilih untuk bernikah kerana aku tahu sebagaimana Allah katakan ada kebahagiaan melalui pernikahan iaitu insan yg boleh membahagiakan kita adalah insan yg berlawanan jantina kita, aku xnk mencari kebahagiaan melalui berhubungan dgn wanita yg bukan halal bagi aku dalam tempoh masa yg lama dan aku mengambil peluang dgn sedikit kewangan yg ada (rezki belaja di timur tenggah) dgn pernikahan memandangkan isteri ni sentiasa disisi kita n menjadi 'teman setia anda' dan menjadi pendengar yg baik serta menghargai kita sampaikan lawak yang selama ini x laku jadi laku.

Betul!! aku x tipu kawin ni mmg best...

Mungkin menjadi kekeliruan masyarakat kita terutamanya yg mengaji ilmu Islamiy ini akan perihal berhubungan dgn lain jantina. Aku agak hairan dgn pihak yg melabelkan haram terus berhubungan dgn lain jantina melainkan hanya selepas bernikah. Mana mungkin perkahwinan itu terus terjadi dgn serta merta tanpa kita mengenali sedikit dari bakal teman sehidup semati kita ini sedangkan Nabi s.a.w. pun menggesa sahabat agar melihat dulu bakal pasangannya agar memenuhi citarasa. Apa yg aku faham yg haram itu adalah couple iaitu sentiasa berdua2an dan berdating tanpa ditemani mahram, masyarakat kita faham couple tu hubungan lelaki perempuan yg belum berkahwin walaupun mereka jenuh menjaga adab batas pergaulan sebagai bukan mahram.

Aku menulis pengalaman aku ni bukan bermakna untk menunjuk2 jauh sekali nak memuji diri sendiri.. aku sebenarnya nak mengajak kawan2 yg mana ada kemampuan dan ada calon tu segerakanlah halalkan hubungan anda dan bagi yg belum ada calon tu silalah cari seandainya dari aspek kewangan sudah mencukupi walaupun sebenarnya Allah akan memberi rezki tanpa disangka2 melalui pernikahan. Bukankah Nabi kita menyuruh agar kita memilih pasangan yg ada pengetahuan agamanya, jadi pandangan aku tiada masalah sekiranya kita memasang niat untuk mencari jodoh di tanah yang penuh barakah ini selain niat menuntut ilmu, bukankah banyak pilihan berbanding kalau kita mencari semasa bekerja nanti.. (kalau masih x jumpa mari dtg rumah ana amik borang sbb ada 3 lagi kekosongan)..


Akhir kata kalau nak bina hubungan lelaki dan perempuan mestilah memasang niat kerana Allah yakni memang niat untuk berkahwin dgnnya dan yang paling penting mestilah menjaga hubungan tersebut agar tidak melebihkan cinta sesama makhluk terhadap Allah kerana Allah juga memiliki sifat cemburu jika kita menduakan cinta kita kepada Allah.. Bayangkan kalau kita melebihkan kekasih kedua kita berbanding yang pertama yang selama ini banyak jasa kepada kita, macam itu jugalah perumpamaannya (opss ni iklan je).. apa2 pun bagi yg berniat untuk mendirikan rumah tangga semasa belajar pesanan aku pastikan bajet kewangan mencukupi kerana zaman sekarang ni masuk tandas pun kena bayar.. semoga kalian di pertemukan jodoh dgn segera dan yg bersesuaian dgn kalian, jangan lupa doakan kami :)

''Betul!! aku x tipu kawin ni mmg best...''

Tuesday, October 11, 2011

Doa Dari Al-Quran Untuk Kebaikan Zuriat

Ibubapa yang soleh boleh memberikan contoh yang baik kepada anak2

Setiap kita ingin memiliki anak, zuriat atau keturunan yang bisa membuatkan hati rasa gembira dan bahagia.  Dan sudah tentulah ukurannya pasti kita lihat dari sudut agama kerana ukuran agama lebih abadi sifat dan kesannya.

Pernah seorang ibu bertanya kepada saya apakah yang harus diperbuat untuk membentuk anak-anak supaya menjadi soleh?

Saya yang merupakan seorang bapa muda dan belum banyak pengalaman berasa agak malu untuk menjawab, sekadar mengatakan bahawa ibubapa mesti mendidik anak-anak dengan akhlaq yang soleh dan harus memberikan contoh yang baik.  Kerana anak-anak banyak mencontohi tauladan dan perbuatan dari ibubapa mereka.  Disamping itu, jangan lekang dengan do’a kerana selepas usaha dan ikhtiar, harus kita menyerahkan urusan kita kepada ALLAH.  Hidayah dan taufiq untuk anak-anak adalah haq ALLAH.
Saya menyarankan kepada beliau do’a yang masyhur dibaca oleh masyarakat dari surah al-Furqan, ayat 74.  Kerana itu sahaja setakat yang saya hafal dan amalkan.

Teringat akan hal di atas maka hari ini, saya belek buku ‘Didik Anak Cara Rasulullah SallAllahu ‘Alaihi Wasallam’ yang ditulis oleh Muhammad Nur Abdullah Hafiz Suaid terbitan KBC dan alhamdulillah di sana ada disenaraikan doa-doa berkaitan kebaikan keluarga dan zuriat yang dipetik dari al-Quran yang mulia.  Berikut adalah do’a-do’anya:

رَبَّنَا وَاجْعَلْنَا مُسْلِمَيْنِ لَكَ وَمِنْ ذُرِّيَّتِنَا

 أُمَّةً مُسْلِمَةً لَكَ

Maksudnya: Ya Tuhan kami, jadikanlah kami berdua orang yang tunduk patuh kepadaMU dan (jadikanlah) di antara anak cucu kami umat yang tunduk patuh kepadaMU.”    (Al-Baqarah : 128)
 

رَبِّ هَبْ لِي مِنْ لَدُنْكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً إِنَّكَ

 سَمِيعُ الدُّعَاءِ

Maksudnya:  “Ya Tuhanku, berilah aku dari sisi Engkau seorang anak yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Pendengar doa”.  (Ali-Imran : 38)

 رَبِّ اجْعَلْ هَذَا الْبَلَدَ آمِنًا وَاجْنُبْنِي وَبَنِيَّ

 أَنْ نَعْبُدَ الأصْنَامَِ

Maksudnya:  “Ya Tuhanku, jadikanlah negeri ini (Mekah), negeri yang aman, dan jauhkanlah aku beserta anak cucuku daripada menyembah berhala-berhala.”  (Ibrahim : 35)

 رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلاةِ وَمِنْ ذُرِّيَّتِي

 رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاءِ

Bermaksud:  “Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orang yang tetap mendirikan salat, ya Tuhan kami, perkenankanlah doaku.”  (Ibrahim : 40)

رَبَّنَا اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ

 يَقُومُ الْحِسَابُ

Bermaksud:  “Ya Tuhan kami, beri ampunlah aku dan kedua ibu bapakku dan sekalian orang-orang mukmin pada hari terjadinya hisab (hari kiamat).”  (Ibrahim : 41)

 رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ

 أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا

Bermaksud:  “Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa.”  (Al-Furqan : 74)

 رَبِّ أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِي

 أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَى وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ 

صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَصْلِحْ لِي فِي ذُرِّيَّتِي

 إِنِّي تُبْتُ إِلَيْكَ وَإِنِّي مِنَ الْمُسْلِمِينَ

Bermaksud:  “Ya Tuhanku, tunjukilah aku untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapakku dan supaya aku dapat berbuat amal yang saleh yang Engkau ridai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertobat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri.”  (Al-Ahqaf : 15)
Mudah-mudahan kita dapat beramal dengannya dan dikurniakan kita semua dengan zuriat yang soleh dan solehah, amin.
wAllahu Ta’ala A’lam.

SHAHMUZIR NORDZAHIR
www.muzir.wordpress.com
12 September 2009

Tuesday, August 2, 2011

Jemputan Walimatul-urus ku : PERUTUSAN RAJA SEHARI





بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ 

اللَّهَ أَحْمَدُ عَلَى نَعْمَائِهِ, وَأَشْكُرُهُ عَلَى آلَائِهِ, وَأُصَلِّي عَلَى أَشْرَفِ الْخَلْقِ مُحَمَّدٍ وَآلِهِ, وَأُسَلِّمُ.

    Bersyukur kepada Allah s.w.t. di atas segala ni'matNya dan ni'mat yg teragung adalah ni'mat iman dan Islam. Antara ni'mat yang dikurniakan Allah kpd hambaNya adalah ni'mat kebahagian dan senang hati melalui perkahwinan dimana Allah s.w.t. telah menciptakan semua kehidupan ini hidup berpasangan melaui firmanNya: 

"Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir." (21) Surah Adz-Dzariyaat: ayat 49

    Melalui firmanNya juga Allah s.w.t. telah memberi jaminan kepada hambaNya yang ingin berkahwin agar berasa yakin meneruskan kehidupan selepas berkahwin dengan mengurniakan rezeki dengan murah serta yg tanpa disedari melaui firmanNya: 

"Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui." (32)
Surah An-Nahl: ayat 72

     Oleh yang demikian, beta berasa bersyukur kerana dipilih oleh Allah s.w.t. untuk melaksanakan sunnah Rasulullah s.a.w. yg mulia ini dalam masa terdekat bersama beberapa lagi sahabat di Mu'tah, Jordan. (hurm ape lg ea nk goreng ayat ni...) nth la takat ni je la muqaddimahnye, x pndai nk berbunga2 nih.. hurmm ha senang cerita di kesempatan ini beta selaku Raja Sehari ingin mengisytiharkan pada hari sabtu 10 Sept 2011  bersamaan 12 Syawwal 1432 merupakan hari cuti khas sempena Hari Perkahwinan beta, maka dgn itu segala sektor awam dan swasta hendaklah dipastikan pada hari tersebut adalah cuti bagi menghadiri majlis yang penuh makna untuk beta dan kalian semua, sekiranya didapati ada yang gagal mematuhi titah beta ini maka akan dikenakan hukuman yg sgt serius.

    Majlis ini akan diadakan di rumah pihak pengantin perempuan iaitu beralamat BATU 12, BUKIT BESAR, KEDAH  seperti yg tertera diatas siap ada peta sekali, (klik gambar utk pembesaran) kalau x clear lihat di  facebook,  kalau sesat jugak x tau la teman.. tapi kalau 'ber'sesat jugak bolehlah menghubungi Ustaz Fikri Naim di talian hangat 017-4822478. Bagi yang dari Sg. Petani jgn terkejut kalau terjumpa kambing gurun sebab kena masuk ikut tol Gurun, jgn terlajak sudah huhu.. yang dari Alor Setaq jgn lupa bawa lemang cicah ayam rendang banyak2 sebab kena ikut masuk tol Pendang, kalau bawa tu senang ingat sikit bkn ape nak pesan je risau telajak jugak, yela msa tengah makan rendang dalam keretu tu ingat rendang ingt pendang kn senag :) Majlis ini akan bermula pada jam 11.30 pagi (tapi kalau dtg awal lg bagus boleh la tolong2 ape yg patut :) manakala majlis aqad nikahnya pada sebelah malam sebelum hari majlis ini diadakan iaitu pada 9 Sept dan dijemput juga hadir untuk memberi semangat kepada beta agar lancar lafaznye..

    Sekiranya anda tidak dapat hadir, sila serahkan surat tunjuk sebab kerana dgn ketidakhadiran anda akan menyebabkan majlis kami rasa tidak lengkap, sekiranya gagal menunjukkan surat tunjuk sebab tersebut maka secara automatik anda akan dibuang kerakyatan. Dijemput juga mana2 rakyat yg mengenali beta (risau ada yg terlepas pandang) untuk hadir dan ini bermakna anda adalah wakil rasmi beta untuk menyampaikan titah utusan beta ini. Bagi yang berada di luar negara terutamanya di Jordan, anda dinasihati agar mengambil tiket pulang percuma di Amman iaitu bagi tiket Royal Jordan dan sebutkan nama beta 3 kali kepada pegawai yg berkenaan (mudahkan..)..

    Dijemput semua hadirin untuk menikmati juadah khas yg sgt istimewa eksklusif dari AnNur Katering (Hj. Din Nasi Arab) yang bermenukan Nasi Moghul Special (ha nama pn dh special tu, rugi x dtg..) hadirin dipersilakan makan hidangan ini sepuas-puasnya kerana ia sgt sukar berada di pasaran dan yg paling penting ia adalah percuma utk anda, boleh tambah sampai kenyang, jika anda ingin membuat pembayaran pun tidak mengapa tetapi pastikan membuat pembayaran terus kepada pengantin lelaki kerana kaunter pembayaran tidak disediakan oleh pihak penganjur (rezeki yg halal x baik ditolak hihi gurau je ye..)

    Hurmm ape lg nk merepek ni ye.. ok la sempena hari tersebut, dgn kuasa yg ada pada beta, beta akan gunakan kesempatan untuk membubarkan DUN Perak dgn serta-merta bg memberikan laluan kepada pilihanraya kecil negeri untuk memberi peluang kepada rakyat Perak membuat pilihan mengundi bagi memilih calon yang menjadi pilihan hati.


   Hem ok la setakat ini je la syarahan saya.. apa2 pun mai jgn x mai na.. kalau nk dtg tu jgn dtg saja ye, bawa la hadiah ke apa2 ke haha, kalau x sempat nk bli hadiah xpe hadiah joghongin (senyum) pn dh memadai tapi pastikan joghongin sampai nampak gusi ye huhu.. sapa dtg awal smpai hbs majlis hadiah misteri menanti anda.. Moh kome serbu Kedah yeop! Jgn lepaskan peluang mcm2 ada.. Jumpa di sana!!!

p/s: maaf kpd mana2 pihak atau individu yg terasa, tiada niat untuk mengguris hati mana2 pihak, bagi mana yg terasa tu anggaplah sekadar gurauan pengantin :)
~dulu tengok nama orang je atas kad, tp skg nama sendiri fuhh, cuba anda bygkn nama anda mcm tu la saya dulu kihkih :)


Pengantin Lelaki,

 ................................................
(Ashaari bin Hammat Zakri)
DYMM  P.J.K.  A.M.T.  O.K.B. 




   

Wednesday, May 11, 2011

Gerbang Perkahwinan : Kurniaan, Ibadah & Dakwah

altAllah Taala telah menjadikan perkahwinan di antara tanda-tanda kekuasaanNya.
Menurut Syeikh Prof. Muhammad Ali al-Sabouni di dalam kitabnya az-Zawaaj al-Islami al-Mubakkir, Allah Taala menganugerahkan tiga kurniaan kepada hamba-hambaNya yang telah hidup berkeluarga (berkahwin) iaitu:

01.Pertama:
Isteri merupakan seorang manusia mulia yang Allah Taala ciptakan dari jenis yang sama dengan lelaki (suami). Oleh itu, kemuliaan suami itu menjadi sejajar dengan kemulian dan kemanusiaan isterinya juga.
Firman Allah Taala bermaksud:
Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untuk kamu isteri-isteri dari jenis kamu sendiri. (Surah ar-Rumm: Ayat 21).
Allah Taala juga menciptakan isteri dari jenis yang sama agar mereka saling kenal-mengenali dan berkasih-sayang sepertimana kata orang: Setiap jenis akan berkasih sayang dengan sesamanya juga.
Begitu juga dengan sebuah syair Arab yang indah ini:
Dalam asmara aku telah dikenakan baju indah bersulam cinta
Oleh seorang gadis yang amat jelita
Hingga purnama pun malu di hadapannya
Bila mata ini berbuat salah kerananya
Maka dengan airmata ia basuh semua dosa.

02.Kedua:
Ketenteraman dan ketenangan jiwa yang dirasakan oleh suami ketika berdampingan dengan isteri yang solehah. Ini akan membawa kepada ketenteraman dan ketenangan dalam kehidupan berumahtangga.
Firman Allah Taala bermaksud:
Isteri-isteri supaya kamu merasa tenteram kepadanya. (Surah ar-Rumm: Ayat 21).
Isteri yang menjadikan suami merasa tenteram dan suami juga menjadikan isteri merasa tenang menepati firman Allah Taala bermaksud:
Dialah yang menciptakan kalian dari diri yang satu dan darinya Dia menciptakan isterinya agar dia merasa senang kepadanya.
(Surah al-Araaf: Ayat 189).

03.Ketiga:
Dengan ikatan kasih sayang dan cinta maka Allah Taala mengikat hati suami dan isteri itu.
Firman Allah Taala bermaksud:
Dan dijadikanNya di antara kamu rasa kasih dan sayang. (Surah ar-Ruum: Ayat 21).
Tanpa adanya nikmat ini nescaya seseorang suami tidak akan merasa senang kepada isterinya.
Dengan kekuasaan-Nya maka tertanamlah perasaan cinta ini sehingga apa yang menyakiti akan disakiti bersama dan apa yang disenangi akan disenangi bersama.


Perkahwinan Itu Satu Ibadah
Secara umumnya kita telah mengetahui bahawa perkahwinan merupakan sunnah Rasulullah SAW. Perkahwinan juga adalah suatu ibadah serta salah satu cara mendekatkan diri kepada-Nya.
Dengan perkahwinan, seseorang Islam itu akan mendapat ganjaran dan pahala daripada Allah Taala bilamana perkahwinan itu dilakukan dengan ikhlas dan bukan kerana nafsu semata-mata.
Bahkan hubungan kelamin di antara suami isteri juga mendapat ganjarannya.
Sebuah hadis Rasulullah SAW bermaksud:
"Dan pada kemaluan seseorang dari kalian terdapat sedekah. Para sahabat bertanya: Wahai Rasulullah, apakah seseorang yang menyalurkan nafsu syahwat (kepada isterinya) memperolehi pahala? Rasulullah SAW bertanya: Apakah seseorang yang menyalurkan nafsu syahwatnya dengan cara yang haram (berzina) ia berdosa? Mereka menjawab: Betul. Kemudian Rasulullah SAW bersabda: Demikian juga jika ia menyalurkan pada tempat yang halal maka ia akan memperolehi pahala."
(Riwayat Muslim, Abu Daud dan Ahmad).

Halangan Dalam Melaksanakan Dakwah
Mungkin ada yang bertanya sendirian, mengapa saya memilih tajuk ini? Bukankah tajuk 'hebat' yang lain lebih banyak untuk dibicarakan?
Saya memilih tajuk ini kerana saya teringat satu tulisan ulama yang pernah saya baca suatu ketika dahulu mengenai halangan-halangan utama untuk berdakwah.
Di antara halangan tersebut ialah suami/isteri serta keluarga.
Asas dakwah sudah tentulah bermula dari institusi keluarga dengan suami dan isteri menjadi ketuanya.
Jika mereka sendiri tidak sehaluan dan rapuh pegangannya, mana mungkin dakwah ini dapat dijalankan dengan jayanya di rumah, apatah lagi untuk masyarakat Islam yang lain.
Oleh itu, suami atau isteri (serta bakal) perlu memahami perkara ini dengan sebaiknya agar usaha dakwah kita tidak terbantut di tengah jalan.
Kesimpulan ringkas dari tazkirah kali ini ialah:
1. Perkahwinan itu satu ibadah dan anugerah dariNya.
2. Percepatkan perkahwinan jika sudah bersedia.
3. Selain memilih pasangan hidup yang beragama, pasangan hidup yang memahami perjuangan kita juga perlu diutamakan.
4. Suami dan isteri perlu melayari bahtera rumahtangga dengan perasaan kasih sayang dan cinta.
5. Mendidik anak dengan agama adalah tanggungjawab ibubapa.
- Artikel iluvislam.com

Biodata Penulis

Ustaz Muhammad Rashidi Wahab merupakan salah seorang panel agama iLuvislam.com. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda (Hons) Usuluddin dan Dakwah (Tafsir al-Quran al-Karim) dari Universiti al-Azhar, Mesir. Kini sedang menyambung pengajian Sarjana (MA) di Universiti Darul Imam Malaysia di dalam bidang Usuluddin (Akidah dan Pemikiran Islam). - http://facebook.com/rashidi.buluh

Friday, April 22, 2011

Kaedah Merawat Demam Menurut Islam




18 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

Setiap ujian dan musibah yang Allah s.w.t. timpa kepada hamba-Nya yang sabar dan reda, akan diberi pahala yang besar. Sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al-Darimi daripada Abdullah bin Amr, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Tidak seorang pun daripada kaum Muslimin yang terkena musibah pada jasadnya, kecuali Allah memerintahkan malaikat penjaga yang menjaganya seraya berfirman, “Tulislah untuk hamba-Ku ini, setiap hari dan malam kebaikan seperti kebaikan yang biasanya dia lakukan ketika dia tidak terkekang dengan belenggu-Ku.”

Abu Hurairah r.a berkata: “Tidak ada penyakit yang menimpaku yang lebih aku sukai daripada demam, sebab demam merasuk setiap organ tubuhku, dan Allah s.w.t. akan mengurniakan pahala bagi setiap organ tubuh yang diserang demam.”

Sejukkannya dengan Air

Hadis riwayat al-Tirmizi dalam Jami’nya menerusi hadis Rafi’ bin Khudaij secara marfu’ meriwayatkan: “Apabila salah seorang di antara kamu diserang demam dan demam itu adalah percikan api neraka, maka hendaklah dipadamkan demam itu dengan air sejuk dan hendaklah berendam di dalam sungai yang mengalir. Hendaklah ia mandi selepas fajar (subuh) dan sebelum terbit matahari. Dan hendaklah ia mengucapkan:



Maksudnya: “Dengan nama-Mu ya Allah, sembuhkanlah penyakit hamba -Mu dan benarkan bimbingan Rasul-Mu.”

Lalu berendam sebanyak tiga kali selama tiga hari berturut-turut. Jika sembuh, alhamdulillah. Jika belum sembuh juga, ulangi hingga lima hari. Jika belum sembuh juga, maka tujuh hari. Biasanya tidak pernah lebih dari tujuh hari, dengan izin Allah.

Daripada Rafi’ bin Khadij r.a., bahawa dia mendengar Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya demam itu merupakan legakan api neraka jahanam, maka sejukkanlah ia dengan air.” (Riwayat Muslim no. 5889)

Begitu juga sebuah hadis daripada Ibn Umar r.a., bahawa Nabi s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya demam itu atau demam yang berat itu berpunca daripada bahang api neraka. Jadi, sejukkanlah ia dengan air.” (Riwayat Muslim no. 5882)

Membaca Ruqyah

Rasulullah s.a.w. juga menyarankan agar membaca doa-doa yang disyariatkan untuk mengubati demam juga penyakit-penyakit yang lain. Dalam sebuah hadis riwayat Imam al-Tirmizi, daripada Abdullah bin Abbas, bahawa Rasulullah s.a.w. pernah mengajar mereka doa sebagai ruqyah (jampi) apabila ditimpa demam panas iaitu:



Maksudnya: “Dengan nama Allah yang Maha Besar, aku berlindung kepada Allah yang Maha Agung daripada kekejangan urat dan keperitan kepanasan api.”

Imam al-Baihaqi juga ada meriwayatkan sebuah hadis iaitu daripada Anas r.a. kata: “Rasulullah s.a.w. menemui Aisyah r.ha. ketika Aisyah terkena penyakit demam panas seraya berkata, “Jangan mengeluh, kerana ia diperintahkan. Tetapi jika kamu mahu akan aku ajari beberapa bacaan yang jika kamu membacanya Allah akan menghilangkan sakit itu daripadamu.’ Aisyah berkata: ‘Ajarilah aku.’ Baginda bersabda:



Maksudnya: “Ya Allah, kasihanilah kulitku yang nipis dan tulangku yang lembut daripada panasnya kebakaran.”

“Ya Ummu Mildam (demam), jika kamu beriman kepada Allah Yang Maha Agung, maka janganlah kamu memeningkan kepala, membuatkan mulut berbau, jangan menyedut darah tetapi sebaliknya palingkan diriku kepada orang yang menjadikan Allah sebagai tuhan.” Lalu Aisyah mengucapkan kalimah itu hingga rasa sakitnya sembuh. Dalam satu riwayat ada tambahan, “Sesungguhnya saya bersaksi tidak ada Tuhan selain Allah dan Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya.”

Berpunca daripada Bahang Neraka?

Menurut Ibn Qayyim al-Jauziah, maksud ucapan Nabi s.a.w. “demam itu berpunca daripada bahang neraka jahanam” iaitu panas demam yang bergejolak sepertimana Rasulullah s.a.w. pernah mengucapkan dalam hadis yang lain, “Panas matahari yang terik berpunca daripada bahang jahanam.”

Di sana ada dua pendapat yang menjelaskan kedua-dua hadis tersebut. Pendapat pertama menyatakan bahawa panas tersebut merupakan satu bayangan kepanasan neraka jahanam agar para hamba Allah menjadikannya sebagai iktibar atau pengajaran. Kemudian Allah sembuhkan sebagai bandingan kebahagiaan, keceriaan, kegembiraan serta nikmat hidup dalam syurga yang Allah s.w.t.

Manakala pendapat kedua pula menyatakan hadis tersebut merupakan perumpamaan. Allah s.w.t. mengumpamakan panas demam yang bergejolak seperti bahang jahanam. Allah s.w.t. juga mengumpamakan terik matahari dengan bahang neraka jahanam untuk mengingatkan manusia akan panasnya bahang seksa neraka. Panas yang menyengat itu diumpamakan sebagai bahang api neraka. Orang yang menghampirinya akan terasa bagaikan disentuh panas tersebut.

Maksud Air

Ucapan Nabi s.a.w. “sejukkanlah ia dengan air” juga terdapat dua pengertian. Pertama bermaksud segala jenis air. Demikianlah pengertian yang hampir kepada benar. Kedua, air zamzam. Mereka yang berpendapat air zamzam bersandarkan kepada sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dalam Sahihnya, daripada Abu Jamrah Nashr bin Imran al-Dhuba’i bahawa ia bercerita: “Aku pernah duduk dalam majlis Ibn Abbas di Kota Makkah, tiba-tiba aku diserang demam. Kemudian Ibn Abbas berkata, ‘Sejukkan dengan air zamzam kerana Rasulullah s.a.w. bersabda (yang bermaksud), ‘Sesungguhnya demam itu atau demam yang berat itu berpunca daripada bahang api neraka jahanam. Oleh sebab itu, sejukkanlah ia dengan air.’ atau Baginda s.a.w. menyebut, ‘Air zamzam.’”

Manakala orang yang berpendapat segala sejenis air juga terdapat perbezaan pendapat. Ada yang mengatakan air yang disedekahkan kepada orang lain. Ada juga yang berpendapat air itu hendaklah digunakan dalam rawatan. Dalam dua pendapat ini, pendapat yang utama adalah air itu hendaklah digunakan untuk disedekahkan kerana memberi seteguk air kepada orang yang dahaga adalah perbuatan yang amat terpuji.

Walau bagaimanapun yang lebih masyhurnya maksud sebenar hadis itu adalah air itu mestilah digunakan untuk rawatan. Abu Nu’aim, seorang ulama ada menulis Hilyat al-Auliya’ dan disahkan ulama bahawa ada hadis yang berdarjat marfu’ bermaksud: “Jika salah seorang di antara kamu demam, hendaklah ia menyiram tubuhnya dengan air sejuk selama tiga malam pada waktu fajar.” (Riwayat al-Nasa’i dan al-Hakim)

Di dalam kitab Sunan Ibn Majah daripada Abu Hurairah r.a. secara marfu’ menyebut: “Demam itu berasal dari peniup tungku jahanam, maka hapuskanlah ia dengan air sejuk.” Menurut Imam al-Sindi dalam menghuraikan Sunan Ibn Majah berkata, “Hadis tersebut sahih dan para perawinya boleh dipercayai.” Yang dimaksudkan dengan peniup tungku adalah peniup tungku tukang besi yang dibangsakan kepada neraka ini dalam bentuk kiasan sahaja.

Dalam Musnad dan selainnya menerusi hadis al-Hasan daripada Samurah dengan darjat marfu’ bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Demam adalah sebahagian daripada pakaian api neraka, maka sejukkanlah ia menggunakan air.” Dan adalah Rasulullah s.a.w. sendiri apabila demam, Baginda s.a.w. meminta diambilkan air lalu Baginda jiruskan ke kepala Baginda, kemudian Baginda mandi.” (Riwayat al-Hakim, al-Tabrani dalam al-Ausat serta al-Bazzar)

Jangan Mencela Demam

Di dalam kitab al-Sunan daripada Abu Hurairah r.a. bahawa ia berkata: “Suatu ketika ada orang membicarakan mengenai demam dekat Rasulullah s.a.w., tiba-tiba seorang lelaki mencela penyakit tersebut. Rasulullah s.a.w. bersabda (yang bermaksud): ‘Jangan mencela demam sebab demam dapat menghapuskan dosa sebagaimana api melenyapkan karat daripada besi.’” (Riwayat Ibn Majah)

Menurut riwayat sebuah athar iaitu, “Demam sehari boleh menghapuskan dosa setahun.”

Riwayat ini ada yang difahamkan bahawa demam itu meresap ke dalam setiap anggota tubuh dan sendi-sendinya. Manakala jumlah sendi-sendi tubuh adalah sebanyak tiga ratus enam puluh. Justeru, demam itu dapat menghapuskan dosa sejumlah sendi-sendi tersebut dalam sehari.o

leh: Ustaz Wahid Abd Haniff ( wahid@telagabiru.net.my )

Thursday, April 21, 2011

Program Ikon Muslimat Muda bersama IDHAMCARE dan Albanjari Online

http://idhamlim.blogspot.com/2011/04/program-ikon-muslimat-muda-bersama.html

17 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

Program separa realiti IKON MUSLIMAT MUDA bersama IDHAMCARE dan Albanjari Online merupakan satu program yang cuba menonjolkan kebolehan dan kemahiran yang ada pada gadis-gadis muslimat sebagai seorang pendakwah.

Program ini telah mendapat persetujuan dan kata sepakat dari ADUN Titi Serong, Khalil Idham Lim Abdullah selaku pengerusi IDHAMCARE. Menurut beliau, di usia 15- 16 tahun, mereka sudah menjejak kaki di Al-Azhar. Lidah mereka fasih dengan hafazan al-Quran 30 juzuk.

Dana juga disumbangkan dari orang awam yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini.

"Ini merupakan satu program baru untuk muslimat yang dikenali sebagai ikon muslimat. Tujuan program ini adalah untuk mencari bakat anak-anak gadis yang berkebolehan sebagai pendakwah.

"10 IKON muslimat MUDA yang disaring ke peringkat akhir akan ditempatkan selama sebulan di Sarawak berdasarkan kepada tugasan yang akan dimaklumkan nanti. Mereka akan tinggal dan berdakwah di kawasan yang akan dipilih oleh jawatankuasa Program,"kata Khalil Idham Lim kepada Cina Islam.
.
Turut sama dalam pertemuan itu adalah Pengasas ABO, En. Sharifuddin yang juga Pengarah Program dalam pogram separa realiti ini berkata bahawa program ini untuk menarik minat gologan muda mendekati Islam.

"CIL@TV bersama ABO Broadcast sedang menjejaki gadis-gadis muda yang pintar, berketrampilan, hafaz al-Quran untuk menjadi IKON muslimat muda di Malaysia.

"Sasaran untuk mencari 50 calon peserta seluruh Malaysia termasuk dari Sabah dan Sarawak akan mula bersiaran di CIL@TV mulai Mei ini," ujar beliau yang dihubungi pada pagi tadi.

Sharifuddin berkata, setiap minggu akan ditampilkan seorang IKON untuk dinilai oleh pembaca blog dan fesbuk. Nilaian yang lengkap termasuk klip video disertakan nanti.

"Pencarian itu telah dimulakan dari negeri Pulau Pinang, dan akan menjelajah ke Kedah, Perak dan Perlis. Sokongan dari pembaca sangat dihargai dalam pencarian IKON MUSLIMAT ini.

"Program separa realiti ini akan bersiaran selama 4 bulan bermula dari bulan Mei hingga Ogos dan kemuncak IKON peringkat akhir akan diumumkan pada bulan Ramadhan 1432H untuk ditabal menjadi IKON Muslimat MUDA Malaysia," ujarnya lagi.

Rakaman untuk dokumentari ini akan disiarkan pada 26 April 2011

(*) Semua penajaan dan sumbangan ke program separa realiti ini boleh disalurkan terus ke akaun IDHAM CARE dibawah :