There was an error in this gadget

Tuesday, October 11, 2011

Doa Dari Al-Quran Untuk Kebaikan Zuriat

Ibubapa yang soleh boleh memberikan contoh yang baik kepada anak2

Setiap kita ingin memiliki anak, zuriat atau keturunan yang bisa membuatkan hati rasa gembira dan bahagia.  Dan sudah tentulah ukurannya pasti kita lihat dari sudut agama kerana ukuran agama lebih abadi sifat dan kesannya.

Pernah seorang ibu bertanya kepada saya apakah yang harus diperbuat untuk membentuk anak-anak supaya menjadi soleh?

Saya yang merupakan seorang bapa muda dan belum banyak pengalaman berasa agak malu untuk menjawab, sekadar mengatakan bahawa ibubapa mesti mendidik anak-anak dengan akhlaq yang soleh dan harus memberikan contoh yang baik.  Kerana anak-anak banyak mencontohi tauladan dan perbuatan dari ibubapa mereka.  Disamping itu, jangan lekang dengan do’a kerana selepas usaha dan ikhtiar, harus kita menyerahkan urusan kita kepada ALLAH.  Hidayah dan taufiq untuk anak-anak adalah haq ALLAH.
Saya menyarankan kepada beliau do’a yang masyhur dibaca oleh masyarakat dari surah al-Furqan, ayat 74.  Kerana itu sahaja setakat yang saya hafal dan amalkan.

Teringat akan hal di atas maka hari ini, saya belek buku ‘Didik Anak Cara Rasulullah SallAllahu ‘Alaihi Wasallam’ yang ditulis oleh Muhammad Nur Abdullah Hafiz Suaid terbitan KBC dan alhamdulillah di sana ada disenaraikan doa-doa berkaitan kebaikan keluarga dan zuriat yang dipetik dari al-Quran yang mulia.  Berikut adalah do’a-do’anya:

رَبَّنَا وَاجْعَلْنَا مُسْلِمَيْنِ لَكَ وَمِنْ ذُرِّيَّتِنَا

 أُمَّةً مُسْلِمَةً لَكَ

Maksudnya: Ya Tuhan kami, jadikanlah kami berdua orang yang tunduk patuh kepadaMU dan (jadikanlah) di antara anak cucu kami umat yang tunduk patuh kepadaMU.”    (Al-Baqarah : 128)
 

رَبِّ هَبْ لِي مِنْ لَدُنْكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً إِنَّكَ

 سَمِيعُ الدُّعَاءِ

Maksudnya:  “Ya Tuhanku, berilah aku dari sisi Engkau seorang anak yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Pendengar doa”.  (Ali-Imran : 38)

 رَبِّ اجْعَلْ هَذَا الْبَلَدَ آمِنًا وَاجْنُبْنِي وَبَنِيَّ

 أَنْ نَعْبُدَ الأصْنَامَِ

Maksudnya:  “Ya Tuhanku, jadikanlah negeri ini (Mekah), negeri yang aman, dan jauhkanlah aku beserta anak cucuku daripada menyembah berhala-berhala.”  (Ibrahim : 35)

 رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلاةِ وَمِنْ ذُرِّيَّتِي

 رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاءِ

Bermaksud:  “Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orang yang tetap mendirikan salat, ya Tuhan kami, perkenankanlah doaku.”  (Ibrahim : 40)

رَبَّنَا اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ

 يَقُومُ الْحِسَابُ

Bermaksud:  “Ya Tuhan kami, beri ampunlah aku dan kedua ibu bapakku dan sekalian orang-orang mukmin pada hari terjadinya hisab (hari kiamat).”  (Ibrahim : 41)

 رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ

 أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا

Bermaksud:  “Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa.”  (Al-Furqan : 74)

 رَبِّ أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِي

 أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَى وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ 

صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَصْلِحْ لِي فِي ذُرِّيَّتِي

 إِنِّي تُبْتُ إِلَيْكَ وَإِنِّي مِنَ الْمُسْلِمِينَ

Bermaksud:  “Ya Tuhanku, tunjukilah aku untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapakku dan supaya aku dapat berbuat amal yang saleh yang Engkau ridai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertobat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri.”  (Al-Ahqaf : 15)
Mudah-mudahan kita dapat beramal dengannya dan dikurniakan kita semua dengan zuriat yang soleh dan solehah, amin.
wAllahu Ta’ala A’lam.

SHAHMUZIR NORDZAHIR
www.muzir.wordpress.com
12 September 2009

3 comments:

  1. Allahu Allah, mudah-mudahan pasangan ini beroleh zuriat yang diredhai Allah, baitul muslimnya dikekal sehingga ke dalam syurga Allah paling tertinggi..Allahumma amin

    by-muhammad firdaus suhaimi

    ReplyDelete
  2. Bila laman lah kita nak brTDI ye ustaz ashaari? rindu pulak kenangan lama2...

    mohon link dengan laman bermanfaat ini boleh tak??:)

    ReplyDelete
  3. boleh, silakan akhi.. tp klu msa ni enta x folow lg cmne leh bka blog ni, ada org share kt fb ke hihi

    ReplyDelete