Friday, October 1, 2010

Hukum Menutup Aurat ketika bersendirian



Terdapat dua pendapat pd hukum menutup Aurat ketika berseorangan sperti berikut:-

Pendapat pertama: Wajib menutup Aurat ketika bersendirian. Had aurat ketika ini adalah kemaluan depan dan belakang sahaja. Dibolehkan untuk membuka kesemuanya ketika bersendirian jika ada keperluan seperti mandi, buang air, bersetubuh dgn Isteri dan lain2 keperluan yg diharuskan.

Ini pendpaat kebanyakan ulama yg terdiri dr Mazhab Hanafi, Syafie, Hambali dan lain2.

Dalil mereka adalah:-

1. Muawiyah bertanya: "Bagaimana dengan seseorang yg bersendirian, adakah boleh dia membuka auratnya?" Nabi menjawab:

(الله أحق أن يستحيا من الناس)
Maksudnya: Allah lebih patut kamu rase malu dr manusia. (Riwayat Bukhari dan Muslim)
2. Nabi bersabda:
(إياكم والتعري ، فإن معكم من لا يفارقكم إلا عند الغائط وحين يأتي الرجل أهله، فاستحيوهم وأكرموهم)
Maksudnya: Hendaklah kamu jauhi telanjang, maka sesungguhnya ada malaikat yg tidak berpisah dgnmu melainkan ketika kamu buang air besar dan bersetubuh dgn isterimu. Malulah dgn meraka dan muliakn mereka. (Tirmizi)
Pendapat kedua: Boleh telanjang kesemuanya ketika bersendirian, walaupun tanpa ada keperluan. Ini adalah pendapat Mazhab Maliki dan ulama2 yg lain.
Dalil pendapat ini:-
1. Kisah Nabi Musa a.s dan Ayub yg mandi telanjang. Allah telah menceritakannya pd kita tanpa mengingkari perbuatan tersebut.
2. Logik akal: Tegahan untk membuka aurat adalah kerana pandangan. Ketika berseorangn tiada siapa yg melihat.
Pendpat yg kuat: Pendapat yg pertama.

No comments:

Post a Comment