There was an error in this gadget

Friday, October 1, 2010

Etika Ikhtilat yg dibenarkan..

Takrif Ikhtilat yg dilarang adalah: Perhimpunan lelaki dan perempuan yg terdapat keraguan(perkara yg menjerumus pd benda2 yg haram).Ini adalah takrif Dr. Majid Zindani(gambar) seorang ulama yaman yg terkenal.

Ikhtilat yg diharuskan oleh Islam hendaklah mengandungi etik-etika dan syarat2 seperti berikut:

1. Tidak berkhalwat.

Nabi bersabda:

"Tidak berkahalwat diantara lelaki dan prmpuan yg bukan mahram melainkan syaitan mnjadi yg ketiga"(HR Bukhari)

2. Tidak ada pandang yg tidak dibenarkan.
Nabi bersabda:
"Pandangan adalah panahan beracun dr Syaitan"

3. Pakaian yg mengikut cara Islam.

Firman Allah: Dan janganlah wanita itu menunjukkan perhiasnnya melainkan apa yg telah terzahir(muka dan tapak tangan).(Nur: 31)

Pakaian yg menutup aurat itu hendaklah tidak menampak susuk tubuh yg menimbulkan fitnah dan tidak nipis sehingga menampakkan yg dalam.

4. Percakapan wanita yg tidak lunak.

Firman Allah: "Maka janganlah perempuan melunakkan suara sehingga sehingga menimbulkan keinginan lelaki yg mempunyai penyakit htn dan katalah perkataan yg baik2."(Ahzab: 32)

5. cara wanita berjalan yg tidak menarik perhatian.

Firman Allah: Maka janganlah wanita itu menghentak kakinya supaya diketahui perhiasan yg tersembunyi.(Nur: 31)

6. Wanita tidak memakai minyak wangi

Mana2 wanita yg memakai wangian dan lalu di sekumpulan lelaki maka dia adalah penzina.(HR Tirmizi)

7. Ada sebab dan keperluan yg munasabah.Iaitu kerja2 ketaatan dan kebajikan yg memerlukan kebersamaan seperti dlm ayat 71 surah Taubah.

8. Tidak ada pegang dan sentuh antara sesama lelaki.
Nabi bersabda dlm hadis yg sahih:
Lebih baik kamu di tikam kpala kamu dgn jarum besi drpada kamu menyentuh perempuan yg bukan mahram. (HR Thabrani)

Nabi bersabda lagi:Lebih baik seorang laki tu bersesak2 dgn babi yg brlumuran tanah drpd dia bersesak2 bahunya dgn perempuan yg bukan mahram.(HR Thabrani)

9. Perempuan dan lelaki janganlah saling bertembung atau berselisih tubuh.

Nabi bersabda:
Bila kamu bertemu 2 org pompuan janganlah lalu dicelah2 keduanya.(HR Baihaqi)

Ketika brlakunya percampuarn diantara laki pompuan di masjid, Nabi brsabda: Hendaklah perempuan ke tepi, jangalah kamu ketengah merempuh org laki, jalanlah di tepi.
Dr. Yusuf qardawi(gambar) berkata:

Perhimpunan diantara lelaki dan perempuan adalah tidak haram, malahn ianya harus dan dituntut sekiranya mempunyai tujuan yg baik yg perlu dibuat bersama seperti menuntut ilmu, amal soleh, aktiviti kebajikan, jihad fardu dan sebagainya yg memerlukan penggabungan 2 pihak.

No comments:

Post a Comment