There was an error in this gadget

Thursday, October 14, 2010

Wahai Lelaki Jangan Diremehkan Aurat Anda!


Bismi

Assalamualaikum...

Aurat lelaki seperti yang dinyatakan dalam mana2 perbincangan
agak longgar berbanding wanita kerana selain waktu bersendiri
dan bersama isteri, aurat lelaki hanya antara pusat dan lutut
sahaja. Maknanya kalau seseorang itu hendak melakukan solat,
auratnya ialah cukup antara pusat dengan lutut, begitu juga
kalau dia berada di khalayak ramai.

Berdasarkan itu, ramailah orang lelaki mengambil mudah dengan
menyatakan harus kita berada dalam sesuatu majlis dengan hanya
memakai seluar pendek sampai ke paras lutut. Sebab itulah
barangkali kita sering melihat orang lelaki suka memakai seluar
pendek ketika membasuh kereta di luar rumah.

Benar, jika mengikut hukum asal tidak salah memakai seluar
pendek yang sampai ke paras lutut kerana itulah sahaja aurat
bagi lelaki. Tetapi jangan lupa bahawa hukum itu perlu juga
mengambil kira waktu berjalan dan duduk. Apakah ketika itu
aurat lelaki tersebut masih terpelihara?

Bayangkan seorang lelaki yang hanya memakai kain sarung yang
menutup pusatnya dan lutut. Solatnya sah kerana aurat bagi lelaki
dalam solat ialah antara pusat dengan lutut. Tetapi bagaimana
kalau dia rukuk, sujud, dan duduk antara dua sujud? Tidaklah
lututnya ternampak? Sahkah solatnya ketika itu?
Jawapannya ialah tidak sah.

Bagaimanapun pula kalau dia membasuh kereta dengan pakaian yang
sama, sesekali dia akan tunduk juga. Adakah ketika itu tidak
terbuka auratnya iaitu lutut? Kalaupun dia memakai seluar pendek
yang labuh hingga ke paras lutut, waktu dia mencangkung akan
ternampak lututnya. Tidak berdosakah dia ketika itu? Jawabnya
tentu berdosa. Ya, kalau dalam solat tidak sah maka pada ketika
waktu lain dia berdosa.

Bagi masyarakat kampung pula, mereka suka pakai kain pelakat yang
digulung sampai ke paras lutut. Malah kadang-kadang ternampak
pusatnya sewaktu terlondeh. Waktu berborak dengan kawan-kawan
di serambi pasti tersingkap juga auratnya.

Bagaimana kalau dia melakukan solat dengan kain itu walaupun
dilabuhkan di bawa lutut? Waktu rukuk dan sujud setidak-tidaknya
akan ternampak pahanya oleh orang yang di belakangnya.
Sahkah solatnya?

Begitu juga kalau si ayah memakai kain pelakat di dalam rumah
bersama anak-anak, lalu pada waktu duduk terselak bahagian lututnya.
Agaknya berdosa atau tidak ketika itu? Jawapannya sudah tentu berdosa
kerana aurat ketika bersama mahram ialah antara pusat dengan lutut.

Kalau berdasarkan keterangan di atas adalah haram hukumnya,
bagaimana keadaannya anak-anak muda yang suka memakai seluar
pendek di dalam rumah, bersukan, main bola dan sebagainya? Seluar
pendek yang dipakai mereka adalah di atas lutut, maka dalam keadaan
itu dia bukan sahaja mendedahkan lututnya malah mendedahkan pahanya.

Nampaknya lelaki secara berleluasa mendedahkan aurat mereka tatkala
bersukan. Apakah atas alasan bersukan aurat boleh didedahkan?
Ya, kalau berhadapan dengan Allah sewaktu bersolat pun salah,
betapa ketika berhadapan dengan orang ramai. Pada zaman ini, bukan
sahaja orang yang dalam stadium yang melihatnya tetapi seluruh dunia
melihatnya. Bayangkan berapa besar dosanya ketika itu.

Pakaian sukan tajaan Barat memang begitu. Hal ini kerana dalam
teori sains, mereka yang memakai pakaian longgar dan menutup
tubuh boleh melambatkan pergerakan. Tetapi teori itu ternyata
tidak tepat apabila pelari pecut wanita Islam (dari Bahrain)
dapat mengalahkan pelari lain yang hanya sekadar memakai cawat
dalam sukan bertaraf dunia baru-baru ini.

Selain itu, kalau benarlah teori itu, mengapa perlu pakaian itu
diperkenalkan kepada pemain boling. Sukan itu tidak memerlukan
pergerakan pantas. Barat menipu kita dan kita hanya menurut sahaja
tanpa mahu membantah. Kita akur dengan peraturan itu demi sukan
padahal kita belum berani berbincang secara serius untuk mohon
pengecualian bagi atlet Muslim.

Bayangkan sudah berapa lama umat Islam melakukan dosa mendedahkan
aurat dalam bidang sukan. Jika dalam hal ini kita sudah berdosa
dengan Allah, bagaimana usaha kita untuk membentuk perpaduan melalui
sukan seperti yang sering diuar-uarkan. Mahukah Allah merestuinya?

p/s: Ingatan untuk diri sendiri dan sahabat2..

No comments:

Post a Comment