There was an error in this gadget

Thursday, October 14, 2010

Masa diterima doa


Pertama: Doa ketika azan

Nabi saw bersabda:

ثنتان لا تردان: الدعاء عند النداء وعند البأس حين يلتحم بعضهم بعضا

“Doa tidak ditolak dalam dua keadaan: Doa ketika azan dan doa ketika perang sedang berlangsung.” (Hr Abu Daud, Hakim dan lain2)




Kedua: Diantara azan dan iqamah

Nabi saw bersabda:

لا يرد الدعاء بين الأذان والإقامة

“Doa tidak ditolak diantara azan dan iqamah.” (Hr Tirmizi)





Ketiga: Doa selepas solat fardu lima waktu

Para sahabat bertanya “Diwaktu manakah doa lebih mudah untuk diterima?”
Baginda saw menjawab:

جوف الليل ودبر الصلوات الخمس

“Ditengah malam dan selepas solat fardu lima waktu.” (Hr Tirmizi, Nasaie dan Ibnu Majah)




Keempat: Suatu masa pada Hari Jumaat.
Nabi saw bersabda:

فيه ساعة لا يوافقها عبد مسلم وهو قائم يصلي يسأل الله شيئا إلا أعطاه إياه – وأشار بيده يقللها

"Pada hari Jumaat terdapat satu masa yang mana Allah pasti memperkenankan doa Hamba yang sedang berdiri dalam solat.” Nabi mengisyaratkan dengan tangan untuk menunjukkan masa tersebut adalah terlalu singkat. (Hr Bukhari dan Muslim)





Kelima: Semasa bermusafir.

Nabi saw bersabda:

ثلاث دعوات مستجبات لا شك فيهن : دعوة الوالد على ولده ، ودعوة المسافر ، ودعوة المظلوم
“Tiga doa yang diterima dan tidak syak lagi penerimaannya: Doa bapa kepada anaknya, doa orang yang bermusafir dan doa orang yang dizalimi.” (Hr Tirmizi dan Abu Daud)




Keenam: Semasa berpuasa

Nabi saw bersabda:

ثلاثة لا ترد دعوتهم : الصائم حتى يفطر ، والإمام العادل ، ودعوة المظلوم
“Tiga golongan yang tidak ditolak doa mereka: Orang yang berpuasa sehinggalah dia berbuka, pemimpin yang adil dan doa orang dizalimi.” (Hr Tirmizi dan Ibnu Majah)




Ketujuh: Di sepertiga akhir malam.

Nabi saw bersabda:

ينزل ربنا تبارك وتعالى كل ليلة إلى السماء الدنيا حين يبقى ثلث اليل الأخير يقول : من يدعوني فأستجيب له من يسألني فأعطي له من يستغفرني فأغفر له
“Allah swt turun (rahmatnya) pada setiap malam ke langit yg dibawah sekali ketika sepertiga malam yang terakhir dan berkata: Sesiapa yang berdoa, pasti aku akan menerima doanya, sesiapa yang meminta pasti aku akan memberinya siapa yang meminta ampun pasti aku ampunkannya. (Hr Bukhari dan Muslim)



Kesimpulan: Allah swt telah mengkhusukan sepertiga malam untuk mendengar rayuan, rintihan dan permintaan hambaNya. Kita sebagai hambaNya yang banyak melakukan kesalahan hendaklah merebut peluang tersebut untuk bermunajat kepadaNya. Kalaulah kita ada masalah dan perlu berjumpa dengan seorang pembesar. Kemudian pembesar itu mengkhususkan satu masa untuk mendengar permasalahan kita, tentu kita akan bersungguh2 untuk menepati masa tersebut untuk bertemu dengannya. Nah! Siapa lagi yang mampu untuk menyelesaikan segala masalah kita selain dari Allah. Firman Allah swt:

وقال ربكم ادعوني استجب لكم
“Dan berkata Tuhanmu : Berdoalah kepadaku , pasti aku memperkenankannya.” (40 : 60)

Dialah yang mampu untuk mendengar dan menerima rayuan dan permintaan kita. Kalau kita tidak mampu bermunajat waktu itu, menunjukkan jauhnya hubungan kita dengan tuhan. Orang yang cinta bola sanggup jaga pada waktu itu. Orang yang cinta kerja, boleh bangun pada waktu itu untuk berkerja. Orang yang bercinta sanggup berjaga pada waktu itu untuk melayan kekasihnya. Kalau kita kata saya hanya mampu tidur sahaja waktu itu. Itu tandanya telinga sudah dikencing syaitannya. Bila Nabi saw ditanya tentang lelaki yang hanya bangun setelah masuk waktu subuh. Baginda berkata:

ذاك الرجل يبول الشيطان في أذنيه
“Itulah lelaki yang dikencing oleh syaitan.” Hr Bukhari dan Muslim

Ada juga yang bangun bermunajat hanya pada waktu susah sahaja. Waktu periksa, waktu ditimpa bencana dan lain-lain. Ingatlah sabda Nabi dalam hadis yg sahih:

تَعَرَّفْ إِلَى اللهِ فِيْ الرَّخَاءِ يَعْرِفْكَ فِيْ الشِّدَةِ
“Kenalilah Allah (dekatinya dgn ketaatan dan doa)pada waktu senangmu nescaya Allah akan mengenalimu (memperkenan doamu) pada waktu susah mu.”

BERMUNAJATLAH PADA TUHANMU SELALU

Rujukan: Man tustajabu da’watuhu oleh Salman Nasif ad-Dahduh.

No comments:

Post a Comment