Friday, October 1, 2010

Kualitikan Ibadah anda



Kita sering berusha untuk menambahkan amal ibdat kita.. tapi kita lupa priority yg perlu bg setiap bg muslim adalah mengkualitikan ibadah yg sedia ada disamping menambah kuantiti amlan... sebab tula ketika mana nabi melihat sorang sahabiah menggantung tali supaya dpt membanyakkan ibadahnya..
Maka baginda Bersabda:
"Hendaklah kamu buat ibadah yg termampu. Sesungguh amalan yg disukai oleh tuhan adalah yg dibuat secara konsisten oleh seseorang itu."(Hr Bukhari
 
Didalam al-Quran dan hadis banyak yg menunjukkan kpd keperluan yg amat sgt utk kita mengkualitikan amalan kita dgn ikhlas dan khusyuk.
Firman Allah:
"Renggang tubuh badan daripada tempat tidur kerana berdoa(beribadah) kpd tuhannya dlm keadaan takut (pd azab) dan juga mengharap (syurga); serta mereka menginfakkan sebahagian rezki yg Allah telah beri."(as-Sajdah: 16)
 
Allah menyifat ibadah dgn ada sifat takut dan mengharap; itulah antara cara2 mengkualitikan ibadah.
 
Nabi s.a.w telah bersbda:
"Sesungguhnya al-Quran turun dgn kesedihan. Apabila kamu membacaNya hendaklah dgn rasa sedih"(hr Abu Ya'la dan Abu Naim)
 
Ksedihan adlah ciri ketiga utk mengkualitikan solat. Nabi sendiri menangis apabila mendengar bacaan Ibnu masud. Ramai para sahabat dan tabien yg menunaikan ibadah mereka dgn menangis.
Nabi s.a.w bersabda:
"Allah tidak menilai solat seorang lelaki yg hatinya tidak hadir"(Hr Ad-Dailami)
Hadis doif ini disokong oleh firman Allah:
"Dan dirikanlah solat supaya kamu dapat mengingatiku"
 
Jadi marilah kita mengkualitikan amlan kita; supaya amalan kita diterima.
 
Nabi s.a.w bersabda:
"Berapa ramai org solat tetapi hanya mendapat kepenatan dan kelelahan."(Hr an-Nasaie)
Nabi s.a.w bersabda:
"Berapa banyak org yg berpuasa; hanya mendapat kelaparan dan dahaga."(Hr an-Nasaie dan Ibnu majah)
 
Pastikan amalan kita dijauhi dgn penyakit riya, ujub, sombong, sum'ah dan penyakit hati yg lain yg boleh membatalkan amalan. kita tak mau menjadi seorang lelaki yg datang pd hari kiamat dgn pelbagai amalan tetapi semuanya menjadi debu yg berterbangan.(hr Ahmad)
 
rujukan: Maza Ya'nie intimaie lil Islam oleh Fathi Yakan

No comments:

Post a Comment