There was an error in this gadget

Friday, October 1, 2010

Wanita Islam perlu menuntut ilmu Agama



Kewajipan menuntut ilmu agama adalah kewajipan semua muslim dan muslimah yg telah baligh dan berakal (mukallaf). Ini jelas dr hadis: 
Maksudnya: Menuntut ilmu agama adalah kefarduan kepada org Islam lelaki dan perempuan. 
"(Hr Ibnu Adi dan Baihaqi) 
 
Mengajar agama wanita dan anak2 adalah satu kewajipan org2 yg Islam yg berilmu. Ini jelas dr suruhan Nabi s.a.w: "Baliklah kamu ke pangkuan anak isteri kamu. Ajarlah mereka cara beribadat dan solatlah bersama mereka" (Hr Bukhari dan Muslim)

Malahan Nabi s.a.w memenuhi permintaan wanita untuk mengadakn pengajian yg khusus bg mereka. Ini jelas dr hadis riwayat Abi Saiid al-Khudri yg berikut:
"suatu hari seorang wanita datang berjumpa baginda s.a.w lalu berkata "Org2 lelaki mendapat hadis drpadaMu. Oleh kerana demikian kami nak minta supaya diperuntukkan hari untuk kamu mengajar kami drpd Ilmu yg telah Allah ajar pdmu." Nabi s.a.w menjawab "Berhimpunlah kamu semua pd hari sekian2 dan ditempat sekian2." Maka para wanita berhimpun pd hari dan tempat yg telah ditetapkan lalu Nabi s.a.w datang mengajar mereka."(Hr Bukhari dan Muslim) 
 
Drpada hadis ini kita dapat ambil:-
1. Kesungguhan dan rasa cemburu dalam menuntut Ilmu.
2. Membuat pengajian khusus untk wanita.
3 Kepentingan dan kewajipan menuntut ilmu agama bg Wanita.

Wanita hendaklah bersungguh2 mnuntut ilmu serta tidak segan silu atau malas untuk bertanya tentang perihal agama mereka kepada org yg alim. Hadis dibawah menunjukkan kepada yg demikian:-
 
"Suatu ketika Ummu Sulaim datang berjumpa Nabi s.a.w lalu berkata "Sesungguhnya Allah tidak malu untuk menyatakan kebenaran . Adakah wanita wajib mandi jika dia bermimpi ?" Nabi s.a.w kate "Ya, jika dia melihat ada air mani."(Hr Bukhari)

Menuntut ilmu hendaklah dgn perlulah pergi ke majlis ilmu dan tidak cukup sekadar membaca atau melayari internet. 
 
Nabi s.a.w bersabda: "Sesungguhnya ilmu itu hanya diperolehi dgn belajar" Ulama berkata "Sesungguhnya ilmu itu hanya diambil dr mulut2 para ulama (maksudnya kena pergi sendiri majlis ilmu). Nabi s.a.w pun pergi sendiri menuntut ilmu dgn gurunya Jibril di gua hira. Jadi mengapakah anda malas untuk pergi majlis Ilmu?? Majlis ilmu adalah taman syurga seperti yg disebut dlm hadis Sohih.

Ilmu yg wajib dituntut setiap manusia adalah Ilmu Fekah, tauhid dan tasauf.

Rujukan Riadus Solihat oleh Badawi Mahmud syekih.

No comments:

Post a Comment