Friday, October 1, 2010

Pesanan Salafus Soleh

 
 





قال أويس القرني رحمه الله :الدعاء بظهر الغيب أفضل من الزيارة واللقاء، لأنهما قد يعرض فيهما التزين والرياء.

Imam Uwais Al-Qarni Rahimahullah pernah berkata : Doa seseorang untuk saudaranya di luar pangetahuannya adalah lebih baik daripada ziarah dan bertemu kerana kedua-duanya kadangkala disaluti kepura-puraan dan riak.

من كلام محمد الباقر رحمه الله : بئس الأخ يرعاك غنيا ويقطعك فقيرا
Imam Muhammad Al-Baqir Rahimahullah pernah berpesan : Seburuk-buruk saudara adalah mereka yang bersama kamu semasa senang dan meninggalkan kamu semasa kesusahan.

قال سيدى مالك بن دينار رحمه الله :اذا تعلم العبد العلم ليعمل به كثر علمه,واذا تعلمه لغير العمل زاد فجوره وتكبره واحتقاره لغيره .

Imam Malik Bin Dinar Rahimahullah berwasiat dengan katanya :Apabila seorang hamba menuntut ilmu untuk beramal dengannya maka ilmunya akan sentiasa bertambah .Apabila dia menuntutnya bukan untuk beramal nescaya akan bertambahlah kejahatan, kesombongan dan sikap memandang rendah terhadap orang lain.

وصى الامام عميد بن عمير رحمه الله بقوله : حق الضيف عليك ثلاث : أن لا تتكلف له,ولا تطعمه الا من حلال ,وتحفظ عليه أوقات الصلاة

Imam Ubaid Bin Umair Rahimahullah pernah berpesan dengan satu pesanan
:
Hak tetamu terhadap kamu ada tiga; tidak memberatkan dengan sesuatu, tidak menjamunya melainkan dengan perkara yang halal dan menjaga waktu solatnya.

من أقوال أبى ألعلاء يزيد بن عبد الله :العافية مع الشكر أحب من البلاء مع الصبر.
Imam Abu Al-Allak Yazid Bin Abdullah Rahimahullah berkata :Syukur atas nikmat kesejahteraan lebih aku cintai daripada sabar atas bala yang menimpa.

قال الامام أبو مسلم الخولاني: من شد رجليه في الصلاة ثبت الله رجليه على الصراط .
Imam Abu Musa Al-Khaulani Rahimahullah pernah berkata :Sesiapa yang sentiasa mengukuhkan kakinya(bersungguh2 menunaikannya) untuk bersolat nescaya ALLAH akan meneguhkan kakinya di atas titian di Hari Qimat.

كان الامام جعفر الصادق رحمه الله يقول :من استبطأ رزقه فليكثر من الاستغفار.
Imam Jaafar as-Sodiq berpesan: Sesiapa yang dilambatkan rezekinya maka hendaklah dia memperbanyakkan istighfar kepada ALLAH .

أرشد الامام محمد بن سيرين رحمه الله بقوله : هذا العلم دين فانظروا عمن تأخذ دينكم
Imam Muhammad Bin Sirin berwasiat dangan kalamnya:Sesungguhnya ilmu itu adalah agama maka lihatlah kepada siapa kamu mengambil agama kamu.

وصى الامام عروة بن الزبير رحمه الله أولاده :تعلموا العلم ,فانكم ان تكونوا صغارا فعسى أن تكونوا كبار قوم آخرين .
Imam Urwah Bin Az- Zubair berpesan kepada anak- anaknya :Pelajari ilmu kerana kamu pada hari ini masih kecil mudah-mudahan pada suatu hari nanti akan menjadi pemimpin kepada manusia .

قال الامام محمد بن كعب القرظي رجمه الله:لا تنزل الحكمة في قلب فيه عزم على المعصية
Imam Muhammad Bin Kaab Al-Qurozhi berkata :Hikmah itu tidak akan meresap ke dalam hati mereka yang berazam untuk melakukan maksiat .
Ini antara kalam salafus soleh yg diambil dari kitab Safinatul Faraj oleh Syeikh Muhammad said ad-Dimasyqi.

No comments:

Post a Comment